Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khalid AlWalid Panglima Perang Islam Yang Tak Pernah Tewas Dalam Peperangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khalid AlWalid Panglima Perang Islam Yang Tak Pernah Tewas Dalam Peperangan

pedang-allah-yang-terhunus-72.jpg

Khalid Al-Walid. Nama yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Beliau adalah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W dan juga general perang terhebat dalam sejarah Islam yang diberi gelaran “Saifullah Al-Maslul” yang membawa maksud pedang Allah yang terhunus. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengetuai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab.

Kehebatan beliau dalam peperangan dan ketenteraan terbukti apabila beliau merupakan antara 3 general Islam yang tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan, sama ada ketika beliau masih di zaman Jahiliyah mahupun setelah memeluk Islam.

Lahirnya seorang pahlawan agung

Khalid bin Walid dilahirkan pada tahun 585 masihi di Mekah kepada pasangan bernama Walid bin al-Mughira, seorang ketua dari bani Makhzum (bangsa Quraisy) dan ibunya bernama Lubabah binti al-Harith. Beliau mempunyai pertalian yang agak rapat dengan Nabi Muhammad S.A.W kerana ibunya dan isteri Rasulullah S.A.W, Maimunah binti al-Harith merupakan saudara kandung. Beliau juga merupakan sepupu kepada Saidina Umar bin Khattab dan kedua-dua mereka mempunyai wajah yang mirip. Tubuh beliau sangat tinggi, badan yang kuat, bahu yang lebar dan berjanggut tebal di wajahnya.

Selepas dilahirkan, beliau dihantar kepada suku Badui, sebagai tradisi kaum Quraisy ketika itu. Pada usia 6 tahun beliau kembali semula ke Mekah. Sejak kecil lagi Saidina Khalid sudah menunjukkan kekuatannya, seperti contoh dalam bergusti. Beliau pernah bergusti dengan Saidina Umar sehingga mematahkan kaki sepupunya itu.

Berasal dari Bani Makhzum, satu kaum yang pandai dalam peperangan dan merupakan antara penunggang kuda yang mahir dan terhebat di Semenanjung Arab. Ketika masih kecil beliau sudah mempelajari cara menunggang kuda dan merperkasa kemahiran bersenjata seperti tombak, lembing busur dan juga pedang.

Kehidupan awal

Pada permulaannya, beliau merupakan salah seorang penentang Islam yang paling kuat dan tegar. Beliau merupakan panglima tentera kaum kafir Quraisy yang aktif dalam menentang Islam. Sebelum keislamannya, beliau menyertai perang Uhud di mana tentera Islam kalah dalam peperangan itu.

Dengan kebijaksanaan beliau dalam taktik peperangan dan ketenteraan, beliau dapat menghidu peluang dan melihat kelemahan pasukan tentera Islam yang ingin mengambil rampasan perang. Beliau membawa pasukan berkudanya mara dan berjaya membuatkan tentera-tentera Islam kucar kacir dan menyebabkan terbunuhnya 50 orang pemanah terbaik tentera Islam ketika itu yang diletakkan Rasulullah S.A.W di puncak bukit Uhud.

Pemelukan Islam

Pada tahun 628, sebuah perjanjian telah dimeterai oleh orang Islam dan kaum Quraiys Makkah yang diberi nama Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian itu adalah untuk mendamaikan kedua-dua pihak serta mengisytihar gencatan senjata selama 10 tahun. Hati Saidina Khalid dari awal tidak menyukai perbuatan menyembah berhala dan oleh kerana otaknya yang bijak, beliau menganggap perbuatan itu tidak masuk akal.

Nabi Muhammad yang amat sukakan Khalid kerana kepintaran dan ketangkasannya dalam peperangan menginginkan beliau untuk memeluk Islam. Ketika Nabi Muhammad S.A.W bersama Walid Bin Walid iaitu abang kepada Saidina Khalid, baginda berkata kepada Walid : “Seseorang seperti Khalid tidak boleh lari lama daripada Islam, dia pasti akan tertarik pada Islam. Abangnya yang menyimpan apa yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W kemudiannya mengutuskan sepucuk surat kepada Khalid dan mengajaknya untuk memeluk Islam sepertinya.

Membaca surat itu, Khalid mengajak teman semasa kecilnya Ikrimah bin Abu Jahal untuk berbicara mengenai hal itu, namun ditentang niatnya. Kemudian Abu Sufyan pula mengancam Khalid dengan mahu menyerangnya dengan penuh berang namun dihalang oleh Ikrimah seraya berkata “Sabar wahai Abu Sufyan, kemarahanmu ini mungkin akan mendorong aku juga untuk bersama-sama Muhammad. Khalid bebas untuk memilih apa jua agama yang diingininya,”. Lalu Khalid menjawab “Demi Allah sama ada orang suka atau tidak, sesungguhanya dia adalah benar,”.

Pada tahun 629 M, Khalid al-Walid yang dalam perjalanannya ke Madinah bertemu dengan Amru al-As dan Uthman bin Talha yang juga menuju ke Madinah untuk memeluk Islam. 31 May 629, mereka tiba di Madinah dan lantas terus menuju ke rumah Nabi Muhammad S.A.W. dan Khalid disambut oleh abangnya Walid bin Walid.

Kehebatan dan sumbangan Saidina Khalid Al-Walid

Setelah memeluk Islam, Khalid al-Walid menjadi orang yang paling keras dan kuat memerangi mereka yang memusuhi Islam. Beliau terlibat dalam hampir 50 perang besar dan dilantik menjadi pemimpin tentera Islam kerana kehebatan dan kepintarannya dalam medan pertempuran. Beliau terlibat dalam Perang Mut’ah dengan dilantik sebagai panglima tentera. Dalam peperangan itu, tentera Islam hanya mempunyai jumlah tentera seramai 3,000 anggota berbanding tentera Romawi yang diketuai Heraclius berjumlah 200,000 anggota yang merupakan gabungan kaum Nasara Romawi dan Nasara Arab sekitar dataran Syam, jajahan Romawi.

Setelah 3 panglima yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W iaitu Zaid bin Haritsah, Jafar bin Abu Thalib dan Abdullah bin Rawahah gugur syahid dalam pertempuran ini, Khalid al-Walid dilantik menggantikan tempat mereka oleh kata sepakat. Menyedari kekuatan pasukan Islam tidak dapat menandingi kekuata tentera lawan, Khalid menggunakan kebijaksanaan taktik peperangannya. Bagaimana? Beliau mengatur strategi dengan menebarkan rasa takut ke dalam diri pasukan lawan dengan menukarkan formasi anggota tentera setiap hari.

Anggota yang berada di hadapan ditukarkan ke bahagian belakang, dan sebaliknya. Pasukak di sayap kiri pula ditukarkan menggantikan pasukan di sayap kanan. Dengan ini, tentera Romawi beranggapan bahawa tentera Islam mendapat bantuan pasukan yang baru kerana terdapat perubahan pada formasi. Akhirnya, kedua-dua tentera Islam dan Romawi berundur tanpa dengan keputusan seri. Namun, jika dilihat kepada kekuatan, pastilah kemenangan berpihak kepada tentera Muslimin.

Pencapaian terulung

Pencapaian terbesar beliau dalam kariernya sebagai seorang panglima perang adalah apabila beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja. Dalam Peperangan Yarmuk yang bermula daripada cebisan dan sambungan daripada peperangan Mu’tah, yang diterajui oleh Khalid al-Walid, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Kerajaan Romawi Timur (Byzantine-Rom) yang merupakan sebuah kerajaan yang tersangat kuat ketika itu.

Peperangan berat sebelah yang mana tentera Romawi memiliki senjata yang lengkap dan tentera yang terlalu besar bezanya dengan jumlah tentera Islam. Menurut sumber Islam, tentera Muslimin ketika itu hanya berjumlah 45,000 orang berbanding tentera Romawi yang berjumlah lebih kurang 240,000 orang, nisbah 1:5. Namun, walaupun dengan kelengkapan yang cukup, pengalaman perang yang hebat serta tentera yang ramai, kemenangan tetap berpihak kepada tentera Islam dengan izin Allah S.W.T yang dipimpin oleh Khalid al-Walid.

Menurut beberapa sejarawan, pertempuran ini dianggap sebagai salah satu pertempuran terpenting dalam sejara dunia kerana ia menandakan sebuah gelombang pertama penaklukan kerajaan Islam di luar Arab. Dengan penaklukan ini, empayar Islam masuk dengan laju sekali ke Palestin, Syria, dan Mesopotamia yang mana rakyatnya beragama Kristian.

Perginya seorang wira

Pada tahun 21 Hijrah, Khalid Al Walid telah jatuh sakit. Panglima terulung yang hebat ini menangis ketika terbaring di katilnya kerana hajatnya untuk mati syahid di medan perang tidak kesampaian. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 55 tahun. Beliau hanya meninggalkan seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya di medan perang.

Saidina Abu Bakar AS Siddiq berkata, tidak ada lagi wanita yang mampu melahirkan anak seperti Khalid. Adi bin Hatim pula berkata, nama Khalid sahaja dapat mengalahkan musuh sebelum peperangan bermula.

Saidina Umar yang mendapat berita kematian sepupunya itu sangat bersedih dan berkata beliau memecat Khalid Al-Walid daripada memegang tampuk pimpinan ketenteraan satu ketika dulu bukan disebabkan rasa benci tetapi kerana sifat Khalid yang terlalu keras terhadap pihak musuh. Khalid juga terlalu sayangkan anggota tenteranya sehinggakan sebaik sahaja mendapat harta rampasan perang Khalid akan terus membahagikan harta tersebut kepada anggotanya tanpa menunggu sebarang arahan.

Saidina Umar juga bercadang untuk melantik kembali Khalid sebagai panglima perang namun telah terlambat kerana wira ini telah pun pergi meninggalkan dunia selama-lamanya.

Sumber:http://iluminasi.com

Sumber: islamituindah



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t120My

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.