Pusat Beli-Belah Disaran Guna Sistem Siar Raya
KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan kompleks membeli-belah disarankan supaya menggunakan sistem siar raya (PA system) bagi memberi peringatan kepada ibu bapa akan cara-cara selamat menggunakan eskalator.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu penting bagi mengurangkan kemalangan membabitkan eskalator di kompleks membeli-belah.
“Adalah menjadi tanggungjawab majikan atau pemilik bangunan untuk memastikan eskalator berada dalam keadaan selamat. Langkah ini penting untuk dilaksanakan terutamanya pada waktu puncak dan musim cuti sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
NIOSH memandang serius kejadian kemalangan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki hampir kehilangan jari setelah tangannya terperangkap dalam eskalator di sebuah kompleks membeli-belah di Tampoi, Johor.
Mangsa yang terpaksa menahan kesakitan kira-kira sejam kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sh7rtA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment