Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat Remaja Dengan Kaki, Tangan Berikat Ditemui

GEORGE TOWN – Polis sedang memburu lima lelaki berikutan penemuan mayat seorang remaja lelaki dengan kedua-dua belah tangan dan kaki berikat dengan tali nilon di dalam sebuah rumah di flat Padang Tembak, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut V. Saravanan berkata mayat M. Sathiwill, 20, dijumpai tertiarap kira-kira 9.30 pagi ini oleh seorang rakan penyewa wanita unit rumah berkenaan.

Menurutnya, mangsa menyewa sebuah bilik di rumah berkenaan bersama abangnya dan ketika dijumpai, mayat itu turut dibalut dengan cadar dalam bilik berkenaan.

“Mengikut keterangan seorang saksi kejadian, mangsa telah diserang oleh lima lelaki di koridor tingkat 16 pada awal pagi Selasa.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa telah dipukul oleh lima suspek sebelum diheret masuk ke biliknya. Si mati telah dicederakan dengan benda tumpul selepas mukanya didapati bengkak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saravanan berkata polis telah mengenal pasti identiti kelima-lima suspek itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam lif flat berkenaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slPCET

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.