Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tutup Abjad, Nombor Pendaftaran Taktik Pemandu Elak Dikesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tutup Abjad, Nombor Pendaftaran Taktik Pemandu Elak Dikesan

KUALA BERANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu  hari ini berjaya menghidu tindakan beberapa pemilik kenderaan yang sengaja  menampal pelekat hitam pada satu abjad di nombor pendaftaran kenderaan bagi  mengelak identiti dikesan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ASP Ismail Man berkata taktik sedemikian antara 211 jumlah saman pelbagai kesalahan setakat 1  tengahari tadi dalam Op Selamat 11/2017 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Katanya 173 daripada jumlah tersebut ialah kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, manakala 38 lagi ialah kesalahan yang pelbagai.

“Daripada kesalahan yang pelbagai, kita mengenal pasti beberapa kenderaan yang sengaja menggunakan taktik menampal pelekat hitam pada salah satu abjad dan memudarkan nombor pendaftaran kenderaan bagi mengelakkan mereka dikesan melakukan kesalahan lalu lintas.

“Pemandu-pemandu ini dilihat sengaja membuang satu nombor atau huruf supaya kita tidak dapat membuktikan identiti dan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan terbabit apabila ia dirakam,” kata beliau yang ditemui pemberita di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Ajil, hari ini.

Operasi itu melibatkan lima pegawai dan 18 anggota dari Balai Polis Bukit Aman dan kontinjen Terengganu bagi mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju yang dibenarkan (110km/jam) dan kesalahan lain.

Selain itu, Ismail berkata PDRM telah membuat perancangan rapi bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menangani kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan di sekitar lampu isyarat bulatan sotong, Marang hingga lampu isyarat Batangan.

“Kita telah mengerahkan anggota yang bertugas untuk membuat penarikan di lampu isyarat di Planetarium, Bulatan Sotong dan Petronas Marang bagi mengurangkan aliran kesesakan kenderaan. JKR juga turut menambahkan masa lampu isyarat bagi laluan kenderaan yang datang dari arah Kuala Terengganu dan juga Kuantan untuk mengurangkan kesesakan.

“Sepanjang Op Selamat 11 yang bakal berakhir 2 Julai ini, kontinjen Terengganu telah menurunkan seramai 452 kekuatan daripada pelbagai jabatan antaranya JPST, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Jenayah Komersial dan Narkotik,” katanya.

Hasil operasi tersebut, kadar kemalangan jalan raya  direkodkan berkurangan berbanding tahun lepas dan mencegah kejadian jenayah seperti pecah rumah, katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tk6MqW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.