Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mula Turun Padang Kenal Pasti Calon PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mula Turun Padang Kenal Pasti Calon PRU14

TAIPING – UMNO Bahagian Bagan Serai mula turun padang  bagi mengenal pasti calon yang berpotensi dan disukai rakyat untuk bertanding di Parlimen Bagan Serai dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketuanya Datuk Sham Mat Sahat berkata langkah itu dibuat bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi parlimen itu dan DUN Alor Pongsu serta merampas kembali DUN Semanggol dan Selinsing yang dimenangi pembangkang.

“Kita tanya akar umbi calon mana yang mereka suka dan potensinya (calon) untuk memenangi kerusi Parlimen dan DUN sebelum calon itu diketengahkan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Reunion Bekas Pelajar Sekolah Menengah Alang Iskandar (SMAI) Bagan Serai di sini hari ini yang dihadiri 100 bekas pelajar sesi 1977 dan 1988.

Mengenai persiapan untuk menghadapi PRU14 di kawasan itu, beliau berkata segala gerak kerja yang diarahkan pucuk pimpinan telah diatur termasuk mengenal pasti punca kekalahan di DUN Selinsing dan DUN Semanggol pada PRU lepas.

“UMNO masih mendapat kepercayaan dan sokongan dalam kalangan golongan muda kerana peranan yang dimainkan oleh Pemuda bahagian dan parti komponen BN telah menarik kembali sokongan mereka kepada UMNO,” kata Sham.

Mengulas mengenai program itu, Pengerusi sambutan Mohamad @Salam Zaini berkata pertemuan semula kali ketiga yang diadakan sejak tiga tahun lalu itu bertujuan mengeratkan silaturrahim antara pelajar SMAI.

“Kita mahu rapatkan hubungan antara satu sama lain dan usaha menghubungi rakan-rakan yang terpisah itu dimulakan sejak awal tahun ini melalui Whatsapp dan Facebook,” katanya sambil menambah program itu  akan diteruskan pada masa akan datang. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQMxQY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.