Dagangan ringgit bertambah baik selepas cuti Aidilfitri
Pada jam 9.00 pagi hari ini, matawang tempatan dibuka pada 4.2840/2880 berbanding dolar Amerika.
Ini susulan pengukuhan harga minyak mentah dunia selepas inventori minyak mentah di Amerika Syarikat didapati menyusut buat minggu ketiga berturut-turut.
Kenaikan ringgit turut dimangkin oleh penyusutan dolar Amerika, yang menyusut selepas Bank Pusat Eropah mengumumkan akan mengurangkan program rangsangan kewangannya.Pengumuman tersebut menarik turun dolar ke paras terendahnya dalam 10 bulan berbanding matawang Euro.
Sementara itu, ringgit dibuka bercampur berbanding matawang utama dunia lain dalam dagangan hari ini.
Ia meningkat kepada 3.0891/0940 berbanding dolar Singapura dan 3.8189/8238 berbanding yen.
Ia bagaimanapun menyusut kepada 5.4895/4959 berbanding Pound Sterling dan 4.8581/8630 berbanding Euro.
Matawang tempatan bagaimanapun menyaksikan sedikit penurunan dalam dagangan tengah hari kepada 4.2975 berbanding dolar Amerika.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slK8Ki
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment