Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalan kaki 4km ke tempat kerja setiap hari, lelaki dapat sumbangan kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalan kaki 4km ke tempat kerja setiap hari, lelaki dapat sumbangan kereta

ADA sebilangan daripada kita yang sanggup tidak keluar bekerja apabila gagal mendapat pekerjaan yang lokasinya berdekatan dengan rumah.

Jika jarak bukan menjadi faktor utama, ada pula yang memberi alasan tentang cara pengangkutan ke tempat kerja. Alasan tidak memiliki motosikal, kereta mahupun akses pengangkutan awam, sering menjadi sebab seseorang itu keberatan untuk bekerja di sesuatu tempat.

Lain pula ceritanya bagi tidak bagi Justin Korva, dari Rockwell, Texas. Lelaki berusia 20 tahun itu tidak keberatan untuk berjalan kaki 4 kilometer setiap hari untuk ke tempat kerjanya.

Namun, nasib Korva berubah apabila dia dihadiahkan sebuah kereta oleh orang yang tidak dikenalinya.

Semuanya bermula selepas Korva ditumpangkan oleh seorang lelaki bernama Andi Mitchell untuk ke tempat kerjanya.

Selepas mendengar kisah Korva, Mitchell memuat naik gambar dan cerita Korva sebagai satu perkongsian ke akaun Facebook.


Tanpa disangka, ramai yang menawarkan diri untuk membantu dan sebuah tabung segera diwujudkan.

Dalam masa dua hari sahaja, tabung itu berjaya mengumpul AS$5,500 (RM23,600) dan wang berkenaan digunakan untuk membelikan Korva sebuah kereta Toyota Camry model 2004.


Bukan sahaja kereta, Korva turut menerima sumbangan perlindungan insurans selama setahun dan kad isian petrol bernilai AS$1,000 (RM4,300).

Harga keikhlasan sememangnya tidak dapat diukur dengan wang, namun keluhuran orang ramai membantu mungkin ganjaran kepada keikhlasan Korva mencari rezeki selama ini.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssEshB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.