Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-Kanak Perempuan Lemas Di Tali Air

PENDANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun  10 bulan ditemukan lemas di dalam tali air kawasan kebun getah berdekatan rumahnya di Rancangan Perumahan Tempatan (RTP) Paya Mak Insun, di sini petang semalam.

Ketua Polis daerah Pendang DSP Fadzil Hashim berkata mangsa, Faridah Afrina Mohd Fadhlisham, dijumpai sudah tidak bernyawa oleh bapanya Mohd Fadhlisham  Che Me, 39, semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama penduduk kampung pada 6.30 petang.

Katanya bapa mangsa menyedari kejadian itu pada 4.45 petang selepas mendapat  panggilan telefon daripada adik iparnya yang memaklumkan bahawa anaknya itu tiada di rumah ketika hujan lebat turun.

“Ketika itu bapa mangsa tiada di rumah dan selepas mendapat panggilan kecemasan, bapanya terus balik dan mengesyaki anaknya jatuh ke dalam parit di tepi rumah dan dibawa arus kuat akibat hujan lebat, sebelum mencari sekitar rumah,” katanya dalam  kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan hari ini. – BERNAMA 

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXlkvE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.