Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kawan Baik Trump Dilarang Ke Luar Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kawan Baik Trump Dilarang Ke Luar Negara



JAKARTA: Seorang bilionaire dan ahli politik Indonesia, Hary Tanoesoedibjo dikenakan sekatan perjalanan oleh pihak berkuasa berhubung siasatan dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan kepada seorang pendakwa raya.

Hary juga rakan perniagaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan syarikatnya membina sebuah hotel milik pemimpin itu di Indonesia.

Jurucakap imigresen, Agung Sampurno semalam berkata, Hary dihalang ke luar negara selama 20 hari seperti yang dimohon unit siasatan jenayah polis Indonesia.

“Bilionair ini disiasat kerana melanggar undang-undang elektronik dan maklumat,” katanya.

Pemilik MNC Group yang menguasai perniagaan dari hartanah dan media itu dinamakan suspek kerana menghantar ugutan kepada pendakwa raya yang menyiasat sebuah syarikat telekomunikasi yang pernah dimiliki firma berkenaan.

Peguam Hary sebelum ini menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa mesej yang dihantar itu bersifat umum.

Hary pernah bertanding sebagai naib presiden pada 2014 dan menubuhkan partinya sendiri pada 2015. Dia juga merancang untuk bertanding sebagai presiden dalam pilihan raya pada 2019.

Ahli perniagaan itu memuji kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden AS dan menghadiri majlis angkat sumpah pemimpin itu di Washington pada Januari lalu.- Reuters


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8dBrY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.