Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjasama Proton-Geely tidak bazirkan duit rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjasama Proton-Geely tidak bazirkan duit rakyat


KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerjasama strategik antara Proton Holdings Bhd. (Proton) dengan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) adalah penting untuk perkembangan syarikat kereta Malaysia itu ke persada antarabangsa dan pada masa sama tidak membazirkan duit rakyat untuk membiayai model perniagaan yang tidak menjana pulangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sejak sekian lama telah memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada Proton termasuk memberikan pinjaman kepada syarikat kereta itu bagi memastikan perniagaannya bertahan serta menjamin pekerjaan 10,000 kakitangan Proton dan 200,000 lagi pekerjaan yang bersangkut-paut dengan kereta Malaysia itu.

Namun jelas Perdana Menteri, model perniagaan yang diamalkan Proton selama ini tidak lagi sesuai mengikut trend pengguna dan persaingan antarabangsa sekali gus kerajaan mahu syarikat itu mencari rakan strategik antarabangsa bagi mendapatkan akses pasaran yang lebih luas serta teknologi moden terkini.

“Proton telah mengeluarkan pelbagai jenis model dan enjin. Malah Proton sendiri merupakan kereta rasmi saya dan saya menggunakan kereta ini hampir setiap masa, tetapi telah tiba masanya kepada Proton untuk menukar bentuk perniagaannya.

“Dengan bantuan serta panduan yang diberikan oleh kerajaan, diharapkan kerjasama antara Proton dan Geely ini akan menjadi cerita baharu kejayaan Malaysia apabila jenama negara berjaya tanpa bantuan kerajaan semata-mata,” kata Najib pada majlis menandatangani perjanjian antara DRB-Hicom Bhd. dan Geely di sini hari ini.

Tandatangan perjanjian itu adalah sebagai memuktamadkan persetujuan Geely untuk memiliki 49.9 peratus kepentingan Proton yang dimiliki oleh DRB-Hicom selain jenama kereta berprestasi tinggi milik Proton, Lotus pada 24 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1xLTK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.