Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri

JEMPOL – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menyerahkan cek sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) berjumlah RM22,000, kepada balu juruterbang Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, Asysyuhadak Ahmad.

Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shabre Hussein berkata sumbangan itu diberikan kerana Allahyarham Mohd Hasri, 31, tergolong dalam kalangan pegawai TUDM yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas operasi.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia amnya dan TUDM, khasnya, mengambil berat kebajikan setiap anggota dan keluarga mereka.

“Sekiranya anggota meninggal dunia semasa bertugas, kita juga mengambil berat akan kebajikan balu dan anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek sumbangan TAPPN kepada balu Mohd. Hasri di Felda Lui Muda di sini.

Mohd Shabre berkata TUDM sedang menguruskan beberapa faedah kewangan lain yang masih dalam pengiraan Jabatan Arah Rekod dan Pencen seperti pencen terbitan, ganjaran terbitan, faedah gantian cuti rehat, pencen orang tanggungan dan ex-gratia orang tanggungan.

“Selain itu, Koperasi Tentera masih dalam proses pengiraan agihan insuran kelompok, yuran serta simpanan yang telah dicarum Allahyarham sepanjang perkhidmatan dalam TUDM,” katanya.

Mohd Hasri dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lepas.

Pesawat buatan Britain itu dilaporkan hilang dan terputus hubungan pada 11.30 pagi, hari yang sama sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Asysyuhadak, 30, berkata, dia menghargai sumbangan yang disampaikan oleh pihak TUDM kepada keluarganya.

Ditanya mengenai sambutan Hari Raya yang akan disambut Ahad ini, dia berkata akan menyambutnya di Felda Lui Muda bersama anak tunggal mereka, Nur Hafiya, enam bulan, sebagai memenuhi hasrat suaminya yang ingin berhari raya di sini.

— BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tB7lu2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.