Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Wany Hasrita dan Tajul belum mampu saingi saya dan arwah Achik” – Siti Nordiana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Wany Hasrita dan Tajul belum mampu saingi saya dan arwah Achik” – Siti Nordiana

Penyanyi Siti Nordiana mendakwa pasangan duet Wany Hasrita dan Tajul tidak mampu menyaingi era kegemilangannya bersama allahyarham Achik.

Nana berkata pengacaraan kini tidak lagi menjadi kebimbangannya selepas mula mendapat rentak menerusi program tersebut. — Foto oleh Choo Choy May

Siti, 32, berkata zaman popularitinya bersama Achik sudah berlalu dan pendengar kini mula beralih kepada alunan suara penyanyi baharu.

“Untuk mengembalikan zaman kami memang susah sebab zaman kami sudah berlalu.

“Mereka relevan dengan peminat masa ini yang sebaya dengan mereka.

“Lagu duet mereka pun sedap didengar. Adalah bunyi duet saya dengan Achik sedikit,” katanya kepada ProjekMMO.

Wany dan Tajul berpadu suara menerusi lagu Di Sana Cinta Di Sini Rindu yang kini mendapat perhatian radio tempatan.

Tajul merupakan adik Achik yang kini popular menerusi lagu Sedalam Dalam Rindu.

Achik, nama popular Abdillah Murad Md Shari, meninggal dunia pada April 2010 dalam satu kemalangan di lebuh raya Lekas ketika berusia 27 tahun.

Siti yang mesra disapa Nana banyak merakamkan lagu bersama Achik dan antara yang popular ialah Paling Comel dan Memori Berkasih.

Pengacara Gema Gegar Vaganza berkata pengacaraan kini tidak lagi menjadi kebimbangannya selepas mula mendapat rentak menerusi program tersebut.

“Pada mulanya saya merasakan mengacara itu susah tetapi apabila saya sudah mendapat rentak, saya berasa seronok.

“Memang kelakar  bersama Fikri dan Achey. Saya pun kena cepat tangkap bahan lawak yang diberikan,” katanya.

Ditanya kelantangan suara Achey mengganggu fokusnya untuk mengacara, Siti tidak melihat ia menjadi isu.

“Saya tidak boleh buat apa dengan suara dia tetapi suara dialah yang memeriahkan lagi program itu,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber “Wany Hasrita dan Tajul belum mampu saingi saya dan arwah Achik” – Siti Nordiana

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYmxUA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.