Perkara Yang Patut Anda Ambil Tahu Susulan Kebakaran Grenfell Tower Di London
src=”http://ift.tt/2rKp68I; alt=”” width=”500″ height=”263″ />
Oleh Ahmadkhairul Sabirin
Kalau siapa tak tahu, baru-baru ini tular kes kebakaran blok perumahan 24 tingkat di London. Dikatakan kebanyakan mangsa dapat melarikan diri kerana ada beberapa orang Islam yang sedang tunggu sahur mengetuk kebanyakan rumah-rumah jiran ketika api sedang merebak.
flat/apartment yang arkitek Malaysia praktis, sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan risiko kebakaran dan jika berlaku juga kebakaran, success rate untuk menyelamatkan diri lebih tinggi.
1. Di Malaysia, untuk flat/apartment/residential tower, paling minima kita memerlukan 2 tangga kecemasan. Kalau 1 tak boleh pakai, at least 1 lagi boleh guna.
Kebiasaanya diwajibkan bangunan lebih 18 meter dari lantai untuk sediakan paling kurang 2 tangga. Biasa aku akan design lebih dari 2, pasal isu dead end.
Kalau tengok gambar, Grenfell Tower hanya ada 1 tangga sahaja. Bayangkan kalau ramai-ramai berpusu nak turun tangga, bomba pula datang nak padam api kena naik atas. Kan dah bertembung.
2. Kebiasaannya sekarang, residential tower akan dipasang sprinkler/pancur air. Kalau dulu tak berapa ditekankan tapi kini rata-rata arkitek akan letak sprinkler siap-siap di semua unit dari atas sampai bawah.
Apabila baca Telegraph, dikatakan sprinkler hanya perlu disediakan dari lantai bawah sehingga 30 meter ke atas sahaja. Kalau ada sprinkler di setiap lantai dan unit, kemungkinan besar kelajuan api merebak itu dapat dikurangkan.
3. Setiap pintu utama unit diwajibkan ada pintu rintangan api. Kalau 1 unit terbakar, api takkan mudah merebak keluar ke unit-unit lain.
Dalam kes Grenfell Tower, dilaporkan ada unit yang tidak dilengkapi pintu rintangan api. Kalau BOMBA Malaysia tengok drawing and tak letak pintu rintangan api di unit, biasanya arkitek memang akan di-sound disitu juga kerana ini perkara paling asas.
4. Dalam kes Grenfell Tower juga dilaporkan banyak alat menentang kebakaran tak dijaga dengan baik. Apabila nak pakai, Bomba datang tengok barang dah rosak.
Ini kes biasa kalau anda lihat di flat lama Malaysia, fire hose reel compartment dah kopak, pintu rintangan api dah longgar hasil dari vandalisme. Lif bomba pun dah tak rupa lif.
Jadi, apa peranan kita sebenarnya?
Perkara yang aku senaraikan di atas ini bukan aku reka sendiri. Arkitek memang ada buku panduan design yang kami perlu ikut. Kalau aku bagi detail lagi nanti anda tak baca. Ini aku simple kan.
Jadi, ini panduan untuk anda dan apa yang anda boleh belajar darinya.
1. Kalau siapa duduk apartment/flat, jangan block fire exit door. Elak letak pasu bunga, basikal anak, reban ayam ke. Pastikan lapang, jadi senang orang nak lari nanti masa kecemasan.
Kaki lima depan rumah itu pun clear-kan, anda bukan duduk rumah landed nak ada kebun di depan itu. Ruang koridor depan bukan milik anda, tapi milik bersama!
2. Jaga perkakas Bomba di flat anda. Jangan rosakkan hose reel, pintu rintangan api jangan dikopak. Selalu aku tengok flat lama ada masalah ini. Jaga benda-benda ini. Say no to vandalisme. Kalau nampak benda ini rosak, pergi buat laporan pada management office apartment anda.
3. Jangan buang puntung rokok merata-rata. Bukan susah nak buat benda ini tapi banyak orang buat. Hisap rokok tapi buang sepah-sepah. Sekecil benda itu boleh menyebabkan kebakaran yang anda tak tahu berapa besar ia boleh pergi (jadi).
Dalam kes Grenfell Tower ini, fridge rosak itu telah menyebabkan satu tower terbakar. Never underestimate this thing. – tv
Sumber: http://ift.tt/2t31dgw
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syrdPW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment