Hi! Welcome Back and Stay Tune! The Oresund: Jambatan-Terowong dalam laut yang menyambungkan Denmark dan Sweden, beranikah anda melaluinya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

The Oresund: Jambatan-Terowong dalam laut yang menyambungkan Denmark dan Sweden, beranikah anda melaluinya?

the oresund 4

The Oresund: Jambatan-Terowong dalam laut yang menyambungkan Denmark dan Sweden, beranikah anda melaluinya?

The Oresund: Jambatan-Terowong dalam laut yang menyambungkan Denmark dan Sweden, beranikah anda melaluinya?

Tiada apa yang mustahil di zaman serba canggih ini. Semua yang terbayang di minda boleh direalisasikan. Ia ternyata bukan satu impian sahaja bagi dua negara jiran di benua Eropah ini, Denmark dan Sweden, yang telah menghasilkan satu infrastruktur kejuruteraan yang sangat mengagumkan, iaitu Jambatan Oresund. Ia merupakan antara salah satu kejaiban kejuruteraan hasil kerjasama syarikat kejuruteraan Denmark, COWI dan direkabentuk oleh firma arkitek George K.S. Rotne.

jambatan oresund 4 382

Jambatan Oresund atau nama rasminya, Øresundsbroen, Öresundsbron, merupakan gabungan antara jambatan dan juga terowong dalam laut yang berjarak keseluruhan 12 kilometer menyambungkan bandar Copenhagen, Denmark dan Malmo, Sweden. Merentasi selat antara Sweden dan Denmark ini, ia merupakan gabungan antara jalan raya dan juga rel kereta api yang terpanjang di Eropah.

jambatan oresund 7

jambatan oresund 3 515

Ia dilengkapi dengan kabel data dan menjadikannya sebagai tulang belakang kepada transmisi internet di antara Eropah tengah dengan Sweden dan Finland. Ia mula dibina pada tahun 1995 dan mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan sebelum dibuka kepada orang ramai pada bulan 1 Julai 2000.

jambatan oresund 589

Bahagian jambatan yang disokong oleh kabel ini bermula dari pantai Sweden dan mempunyai dua tingkat di mana lebuhraya berada di bahagian atas manakala rel kereta api dibawahnya. Jambatan dan terowong itu disambungkan oleh pulau buatan manusia di tengah-tengah selat tersebut, Pulau Peberholm, yang diperbuat daripada hasil korekan dasar laut. 

jambatan oresund 2

Jambatan yang mendapat anugerah IABSE Outstanding Structure Award pada tahun 2002 ini menelan kos sebanyak RM12.43 billion. Bagi menggunakan kemudahan ini, anda akan dikenakan tol sebanyak RM258 dan direkodkan trafik adalah sebanyak 19,000 kenderaan setiap hari. Ia mempunyai 4 laluan  jalan raya dan juga 2 laluan kereta api berkelebaran 23 meter dan ketinggian 204 meter dari aras laut.

jambatan oresund 5

Perjalanan antara Malmo dan Copenhagen itu mengambil masa 35 minit. Dianggarkan 2 daripada 3 pengguna yang mengguna kemudahan jambatan dan terowong itu adalah dengan menaiki tren. Disebabkan teknologi dan usaha yang dihasilkan milik Öresund Consortium itu terhasil lah sebanyak 3.7 juta penduduk yang boleh tinggal dan bekerja di seberang selat tanpa sebarang masalah.

Sumber: Iluminasi

 



Sumber The Oresund: Jambatan-Terowong dalam laut yang menyambungkan Denmark dan Sweden, beranikah anda melaluinya?

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3isOW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.