(Video) Leher Terjerut Dan Tergantung Di Pokok Kelapa. 'Ingatkan Ajal Saya Dah Sampai'.
Lelaki nyaris maut selepas apabila lehernya terjerut tali dan tergantung di pokok kelapa kira-kira empat minit ketika membawa turun kelapa muda di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang.
Video mangsa yang terjerut lehernya, tergantung pada pokok kelapa, meronta hendak melepaskan diri dan kemudian diselamatkan menjadi tular di media sosial, sejak semalam.
Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, yang tergantung pada pokok kelapa 3.7 meter itu diselamatkan penduduk kampung, pada kejadian kira-kira 11 pagi, Khamis lalu.
Dia kemudian dibawa ke ke Klinik Kesihatan Pendang bagi merawat kesan luka pada leher dan lengan sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Zulhisyam berkata, dia bagaikan mati hidup semula selepas tersedar daripada pengsan ketika berada di HSB.
Menurutnya, dia langsung tidak ingat perkara yang terjadi sebelum itu meskipun dirinya dapat berdiri sebaik kaki mencecah tanah.
Katanya, dia hanya ingat kejadiaan sebelum dia memanjat pokok kelapa terbabit.
“Ketika di atas pokok, saya dah ikat 20 biji kelapa nak bawa turun. Tapi, bila saya cantas tandan, tali yang ikat buah kelapa itu menjerut leher saya,” katanya.
Menurutnya, keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dirinya tergantung pada pokok.
“Ketika itu, saya hanya ingat ajal saya sudah sampai. Saya dapat dengar juga suara-suara orang di bawah meminta saya mengucap kalimah syahadah.
“Saya sempat menyebutnya (kalimah syahadah) sebelum pengsan dan sebaik sedar saya sudah di hospital,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kobah, Kota Sarang Semut, Pendang, hari ini.
Klik video PART 1 dan PART 2 dibawah:
PART 1
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYoijW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment