Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penemuan Mengejutkan Bandar Purba Islam Yang Terkubur Lebih 1000 Tahun


Tapak masjid abad ke-12 (Foto: Timothy Insoll)
Penduduk Harlaa, sebuah bandar kecil di timur Ethiopia, selalu mengesyaki terdapat sesuatu yang istimewa tentang bandar mereka.
Selama bertahun-tahun, para petani telah menjumpai duit syiling China, tembikar lama, dan batu-batu bangunan begitu besar sehingga penduduk tempatan mengatakan bahawa hanya gergasi yang dapat memindahkannya.


Peta Harlaa (Foto: Nadia Khalaf)
Kini penggalian arkeologi selama dua tahun oleh pasukan dari Universiti Exeter, Addis Ababa, dan Leuven di Belgium telah mengesahkan beberapa sangkaan penduduk.
Para penyelidik telah menemui bukti sebuah bandar perdagangan purba yang hilang yang dikatakan berusia lebih 1000 tahun. Kewujudan bandar tersebut dipercayai berkait dengan Teluk, Mesir, dan India, serta bandar-bandar Islam di seluruh Afrika.
Pasukan arkeologi menjumpai sisa-sisa yang kelihatan seperti masjid pada abad ke-12, sama seperti yang terdapat di Tanzania dan Somaliland, perhiasan, serta tembikar dari China dan Maldives. Mereka juga menjumpai syiling Mesir dari abad ke-13.
"Penemuan ini mengubah pemahaman kita terhadap perdagangan dan arkeologi di bahagian Ethiopia yang selama ini terabai.
"Apa yang kami temui menunjukkan kawasan ini merupakan pusat perdagangan di rantau ini. Kota ini begitu kaya, menjadi pusat kosmopolitan untuk pembuatan perhiasan," kata Timothy Insoll dari Institut Pengajian Arab dan Islam di University of Exeter.
(Foto: Timothy Insoll)

(Foto: Timothy Insoll)

Penyelidikan arkeologi kecil telah dilakukan di tapak-tapak Islam di negara ini. Penyelidik yang membuat penyelidikan di rantau ini biasanya memfokuskan mencari bukti tentang manusia awal.
Artifak akan disimpan dan dipamerkan di pusat warisan tempatan di Harlaa. Ahli arkeologi merancang satu lagi penggalian besar pada tahun depan, memfokuskan penggalian mereka lebih jauh di bawah tanah dan ke tapak dalam jarak 100 kilometer (kira-kira 60 batu).


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t2Ay45

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.