Hi! Welcome Back and Stay Tune! JBPM terima 2,400 panggilan kecemasan kebakaran tahun lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JBPM terima 2,400 panggilan kecemasan kebakaran tahun lepas

TAPAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 2,400 panggilan kecemasan berkaitan kebakaran sepanjang tempoh dua minggu Ops Raya, pada tahun lalu.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil serius tentang aspek keselamatan kebakaran ketika musim perayaan ini.

Katanya, jumlah itu meningkat sebanyak 564 panggilan berbanding tahun 2015 iaitu 1,836 panggilan.

Selain jumlah panggilan, jumlah kematian dan kecederaan akibat kebakaran turut meningkat iaitu tujuh kematian pada tahun lalu berbanding satu pada tahun 2015 manakala 27 kecederaan pada tahun lalu berbanding tujuh pada tahun sebelumnya, katanya.

"Kalau melihat kepada statistik, 2,400 panggilan kebakaran tahun lalu dalam tempoh dua minggu ia merupakan 20 peratus melebihi panggilan kebakaran di waktu biasa.

"Hal ini berlaku disebabkan peningkatan aktiviti di kediaman yang menyebabkan banyak berlaku kebakaran," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan udara dan lawatan sempena Ops Selamat bagi meninjau kesiapsiagaan JBPM di Plaza Tol Tapah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Nor berkata mercun dan bunga api juga antara penyebab boleh berlakunya kebakaran.

Dalam pada itu, mengenai Ops Selamat, beliau berkata sebanyak 14 Pos Kawalan Bomba (PKB) di buka sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan lima PKB di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur.

Menurut beliau, setiap lokasi akan menempatkan 12 orang pegawai dan anggota berserta kelengkapan serta jentera yang bersesuaian.

"Ini sebenarnya bagi memberi bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kemalangan khususnya kemalangan jalan raya kerana kita perlu bergerak segera untuk mengelakkan kesesakan trafik sesak teruk.

"Kita menjangkakan sekiranya berlaku kemalangan di lebuhraya ini pihak bomba perlu sampai di tempat kejadian kurang daripada 10 minit kerana lagi lambat kita bertindak, lagi susah untuk sampai ke lokasi kerana trafik akan bertambah sesak,"katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2WpmM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.