BNM: 23 juta kad pembayaran kini menggunakan PIN
Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata semua terminal kad pembayaran yang digunakan dalam negara, termasuk terminal bayaran di stesen minyak, telah dinaik taraf bagi menyokong penggunaan PIN.
"Majoriti (94 peratus) pemegang kad telah menggunakan PIN, dengan hanya enam peratus daripada transaksi kad yang layak PIN masih menggunakan pengesahan tandatangan pada 31 Mei, 2017," katanya.BNM sebelum ini mengumumkan semua transaksi kad pembayaran tempatan hanya akan dapat disahkan dengan menggunakan PIN berkuatkuasa 1 Julai 2017, di mana pengesahan tandatangan tidak lagi diterima selepas itu.
BNM mencadangkan pemegang kad yang belum menukar kad pembayaran mereka kepada kad menggunakan sistem PIN, menghubungi bank atau penyedia perkhidmatan bukan bank mereka dengan serta-merta untuk penggantian.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syE9oK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment