Hi! Welcome Back and Stay Tune! Inilah Situasi Biasa Yang Kaum Wanita Lalui Tiap Kali Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Inilah Situasi Biasa Yang Kaum Wanita Lalui Tiap Kali Raya

Mood raya pasti masih ada di kalangan pembaca MW.  Walaupun sudah beberapa hari berlalu, perut masih lagi tidak cukup diisi dengan juadah raya yang memang sedap dan mengancam.

Bercerita mengenai raya, apa perkara sama yang akan anda buat pada setiap tahun? Bagi saya sudah pasti membasuh pinggan-mangkuk dan menghidang juadah raya buat tetamu yang bertandang ke rumah. Memang cliché tetapi inilah hakikat yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar ‘wanita single’.

Situasi yang sama sudah pasti akan dirasai oleh semua wanita tidak kiralah belum berkahwin mahupun sudah berkahwin. Orang beraya di ruang tamu, kita beraya di dapur. Pakai baju cantik-cantik tetapi akhirnya lengan baju basah kerana perlu membasuh pinggan yang banyak.

Sebab itu jugalah pada tahun ini saya mengambil keputusan untuk membeli baju kurung moden sahaja sebagai baju raya. Walaupun di pasaran terdapat pelbagai jenis fesyen dan rekaan baju raya, semuanya tidak berkenan di hati.

Kenapa saya kata tidak berkenan di hati? Sebabnya baju tersebut mempunyai ropol pada bahagian tangan. Ada juga bahagian tangan yang kembang. Kalau saya pakai baju sebegitu bagaimana hendak membasuh pinggan. Saya fikir sudah pasti ada yang beranggapan sama seperti saya.

Setiap tahun tidak dapat dinafikan akan muncullah pelbagai fesyen baju raya yang glamor dan moden. Namun bukan semua fesyen sebegitu menjadi pilihan sesetengah wanita. Terlampau moden, berenda, beropol dan ketat sana sini sudah pasti menyusahkan pemakainya.

Disebabkan memilih baju raya yang simple membuatkan adik lelaki bongsu saya mengatakan saya membeli baju sudah fesyen tahun lepas. Adik Zulhairi, baju kurung moden mana ada ketinggalan. Pakai sahaja bila-bila masa tidak ada sesiapa pun yang menegur.

Pada pendapat saya, baju kurung moden lagi praktikal. Selepas sahaja habis raya baju itu boleh digunakan sebagai pakaian untuk ke pejabat. Bayangkan kalau saya pakai baju beropol dan berles pada hari raya, bila masa pula saya mahu pakai baju itu. Hendak dibawa ke pejabat agak melampau. Akhirnya sudah pasti ia akan tersimpan di dalam almari.

Raya tahun ini baju raya saya hanya sepasang. Saya bukan artis terkenal seperti Che Ta yang memiliki berpuluh helai baju raya. Tidak perlulah saya beli baju raya banyak-banyak. Bukannya saya dapat berubah jadi cantik seperti Che Ta kalau saya pun beli baju yang sama seperti yang dipakai oleh Che Ta.

Orang kata ukur baju di badan sendiri. Baju raya bukan pengukur sambutan hari raya. Apa yang penting kita dapat beraya bersama keluarga tersayang sudah mencukupi. Kalau kita pakai baju yang kita pakai ke pejabat pun bukannya orang kampung tahu kerana kadangkala kita hanya jumpa mereka sekali dalam setahun!

Selamat hari raya semua dan semoga bergembira bersama keluarga tersayang.

Sumber



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJgJeQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.