Lima trend popular kuasai fesyen raya 2017
Walaupun ia sesuatu yang bersifat tradisional, namun fesyen baju raya tidak lari dari mendapat olahan pereka mengikut trend semasa dan kesesuaian sambutan.
Pada tahun-tahun sudah, trend baju kurung peplum dan warna kontra menjadi pilihan kebanyakan pereka. Apa pula trend terhangat untuk raya tahun ini?
1. Aneka rekaan lengan
Secara keseluruhan rata-rata pereka fesyen tanah air menghasilkan rekaan baju raya yang mempunyai bentuk lengan yang pelbagai. Bentuk lengan sesuatu rekaan itu dibuat sama ada beropol, bertingkat atau kembang.
Dari kiri; Rizalman Ibrahim, Kree dan Rico Rinaldi
2. Perincian renda
Penggunaan renda juga dilihat menjadi salah satu material yang banyak digunakan oleh pereka tanah air untuk koleksi raya 2017. Antara lain, perincian renda memberikan impak lembut ke atas sesuatu rekaan.
Dari kiri Rico Rinaldi, Khoon Hooi dan Variante
3. Kain broked
Kain broked walaupun sejenis kain yang tebal tetapi tetap menjadi pilihan kebanyakan pereka tahun ini. Kain ini memberi impak mewah kepada si pemakai.
Dari kiri; Bernard Chandran, Rizalman Ibrahim dan Syomirizwa Gupta Luxe
4. Wrap dress / Kimono
Rekaan baju raya persis kimono tahun ini dihasilkan pereka sama ada berpotongan pendek atau digabungkan dengan ropol di lengan. Rekaan ini sudah popular awal tahun ini sebagai salah satu blaus yang dipakai bersama seluar panjang. Sempena raya, rekaan ini dikomersilkan lagi bersama kain sarung yang mempunyai rona yang sama.
Dari kiri; Alia Bastamam, Larney dan Arared
5. Kebaya potongan klasik
Paling mengejutkan kebaya potongan klasik muncul kembali pada musim lebaran kali ini dan menjadi pilihan kebanyakan pereka. Namun bersesuaian mengikut tahun, rekaan kebaya juga diolah bagi tampak lebih ‘in’. Kebaya sememangnya diketahui akan membuat si pemakai kelihatan lebih ayu dan anggun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYAphK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment