Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ucapan Hari Raya 'Team RD' Rahman Dahlan tampilkan kelainan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ucapan Hari Raya 'Team RD' Rahman Dahlan tampilkan kelainan

DALAM kesibukan jadualnya dan menangani hal-hal berkaitan ekonomi negara, saban tahun di hari raya kita akan melihat personaliti yang berbeza ditonjolkan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menerusi klip video Aidilfitri bersama kakitangannya.

Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Jessylina Mat Lazim berkata, ia cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi ucapan hari raya Aidifitri dengan cara yang unik dan tersendiri.

"Setiap tahun, ruang ucapan hari raya lazimnya kami cuba berbincang bersama rakan-rakan di pejabat supaya ada kelainan yang ditampilkan oleh Datuk Seri Rahman Dahlan.

"Tahun lalu, kami turut menampilkan seluruh warga kerja bermain alat muzik tetapi tema tahun ini melihatkan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan membuat sedikit gimik lakonan bersama isteri beliau.

"Tujuan khusus video ini dilakukan bukan sahaja untuk memberi ucapan raya melalui cara yang lebih kreatif tetapi ia dapat mengeratkan hubungan kami sesama warga pejabat yang saban hari bekerja memastikan kerja yang diamanahkan berjaya dilaksanakan sebaiknya," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Jelasnya, ia bukit keakraban kakitangan selain berfungsi sebagai sebuah keluarga besar.

"Kita lihat banyak syarikat, agensi kerajaan dan secara individu membuat pelbagai cara unik lain untuk berkongsi suka ria menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Jadi pada kami ini Aidilfitri ini jugalah peluang untuk kami berkongsi detik kegembiraan dan inilah cara kami untuk meluahkan rasa gembira kami dalam menyambut Syawal tidak lama lagi," jelasnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJe2dr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.