PPPM Minta SPRM Siasat Kekayaan Keluarga Dr Mahathir
SHAH ALAM – Seorang anggota akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan berkaitan isu kekayaan keluarga pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Laporan itu dibuat oleh Anggota Jawatankuasa PPBM Bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di sini.
“Siasatan ini perlu bagi rakyat tahu sama ada Dr Mahathir ini seorang pemimpin bersih atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dan menyerahkan dokumen berkaitan di pejabat SPRM Selangor.
Katanya beliau membuat laporan itu berikutan pelbagai soalan diajukan oleh anggota peringkat akar umbi mengenai isu kekayaan anak-anak Dr Mahathir, namun pihaknya tidak diberikan penjelasan secukupnya mengenai dakwaan itu sehingga hari ini.
Mohamad Ashraf yang mendakwa beliau bertanggungjawab membawa masuk ribuan anggota ketika PPBM ditubuhkan berkata, pihaknya pernah bertemu anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu kekayaan tersebut, namun mendakwa tidak diberikan ruang secukupnya untuk berbuat demikian.
Menurutnya kepercayaan beliau terhadap kepimpinan Dr Mahathir kini terhakis berikutan dakwaan itu.
– BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tC2M2H
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment