Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Gadai Kedaulatan, Kebebasan Negara - TPM Ahmad Zahid


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat Malaysia tenang dan bijaksana menilai tohmahan dan fitnah nista yang sengaja dirancang media asing untuk menjejaskan imej negara ini.

Beliau berkata rakyat harus berminda positif dan menangkis segala isu yang dibangkitkan oleh media asing.

"Kedaulatan dan kebebasan negara kita tidak wajar digadaikan kepada media luar untuk mencaturkan politik negara.

"Sebagai pemimpin, saya seru kepada seluruh rakyat Malaysia agar bersama dalam satu barisan untuk mempertahankan negara," katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyarankan rakyat agar menjadikan media baharu sebagai medium perpaduan bukannya dijadikan platform membangkitkan isu sensitif yang boleh membakar rasa kebencian antara kaum.

"Secara asasnya, kita telah berjaya membenih dan menyuburkan semangat Bangsa Malaysia.

"Namun, semestinya kekuatan dan keunikan ini dicemburui oleh orang asing. Inilah cabaran kita. Mereka sedaya upaya mengadu-domba untuk meretakkan jalinan perpaduan antara kaum dan pucuk pimpinan negara," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus komited membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup, isu percukaian dan masalah sosial seperti buli yang semakin membimbangkan

"Kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan direalisasikan dengan berkesan," katanya.

Bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi mengeratkan tali persaudaraan antara semua sebagai masyarakat pluralistik di negara ini.

"Buat seluruh umat Islam di Malaysia, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita telah berjaya melalui cabaran madrasah Ramadan. Hari ini (1 Syawal) adalah hari kemenangan.

"Sebagai sebuah masyarakat majmuk yang hidup aman harmoni, marilah kita raikan Aidilfitri ini dengan rasa muhibah. Menyantuni keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan warna kulit," katanya. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXXujV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.