Wak Doyok Dikecam ‘Tayang’ Butang Baju RM33k!
SEBENARNYA ramai juga orang Melayu kaya di Malaysia ni, termasuklah ikon media sosial Wak Doyok yang melaram dengan butang baju Melayu RM33 ribu!
Menunjukkan gambar sebuah katalog butang baju Melayu di laman Twitter.
Gambar tersebut mendapat sambutan hangat dengan 1,852 kali retweet dan disukai oleh 864 pengikut setianya.
Mungkin berasa netizen tidak faham-faham lagi, Wak kemudiannya memuat naik sebuah lagi gambar dia sedang bergaya dengan butang baju Melayu tersebut berserta kapsyen: “Nampak tak? Ini harganya RM33k.”
Dan seperti biasa, para netizen tampil memberikan pandangan yang tidak diminta dan rata-rata daripadanya berbaur negatif kerana menganggap Wak Doyok seorang yang riak dan takbur.
Bukan setakat harga butang baju Melayu, malah sampinnya juga diberitahu apabila ditanya.
“Harga dari RM10,000 hingga RM40,000 pun ada, tenun Terengganu,” balasnya pada netizen.
Kelas sambutan Raya Wak Doyok tahun ini kan!
Kepada yang sibuk-sibuk mengecam tu, biarkan je lah orang nak bergembira dengan hasil titik peluhnya sendiri. Tak perlu nak beri pendapat yang negatif terhadap orang yang tidak dikenali di laman sosial, buruk rupanya tau!-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZ3NVj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment