Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga Polis Kedah Diseru Perkukuh Nilai Sabar & Istiqamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga Polis Kedah Diseru Perkukuh Nilai Sabar & Istiqamah

ALOR SETAR – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini diseru memperkuhkuhkan nilai sabar dan istiqamah serta budaya tolong-menolong dalam usaha bergerak ke arah perkhidmatan polis bertaraf dunia dan mencapai status negara maju menjelang 2020.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata warga polis Kedah juga harus sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, berpandangan jauh dan berupaya menunaikan harapan pucuk pimpinan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara ini.

“Kepada warga PDRM Kontinjen Kedah yang bertugas di musim perayaan ini, saya ingin melahirkan rasa bangga di atas pengorbanan dan khidmat bakti yang ditunjukkan demi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

“Semoga momentum khidmat terbaik seperti ini dapat diteruskan sebagai satu amanah negara yang mesti kita pikul dengan sebaik mungkin,” katanya dalam perutusan Aidilfitri di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asri juga menyeru rakyat di negeri ini mengambil peluang Aidilfitri tahun ini sebagai medium mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan meneruskan tradisi kunjung mengunjung serta bermaaf-maafan antara satu sama lain dalam usaha memperkuhkan keharmonian negara ini.

“Lebih unik, lebaran yang turut diraikan bersama rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama, menyerlahkan lagi keharmonian perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam keghairahan menyambut Aidilfitri orang ramai diingatkan supaya bersikap tanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan jiwa serta harta benda semasa pulang ke kampung untuk berhari raya.

“ Patuhilah undang-undang serta peraturan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman supaya selamat tiba ke destinasi, seterusnya meraikan Aidilfitri dengan ibu, ayah dan keluarga tersayang. Raikanlah Aidilfitri ini dengan penuh ketenangan di hati kerana kita telah mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu sebelum meninggalkan kediaman masing-masing,” katanya.

– BERNAMA

;

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sYeNRO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.