Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Cuba Rempuh Masjid Paris Ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Cuba Rempuh Masjid Paris Ditahan



PARIS: Seorang lelaki ditahan selepas cuba merempuh orang ramai di depan masjid di Creteil, di pinggir ibu negara Perancis, semalam, kata polis sambil menambah tiada mangsa yang cedera.

Motif lelaki itu masih tidak jelas dan beliau gagal melanggar orang ramai kerana dihalang penghadang di depan masjid, kata polis dalam satu kenyataan.

Siasatan akan dijalankan jabatan polis, bukannya unit anti pengganas untuk menentukan sama ada lelaki itu boleh didakwa atau tidak.

Menurut akhbar Le Parisien, lelaki itu mahu membalas dendam atas serangan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh yang sudah meragut nyawa berpuluh-puluh mangsa, beberapa tahun lalu.

Minggu lalu, seorang lelaki memandu van dan cuba merempuh jemaah yang sedang keluar dari masjid di London.

Dia didakwa atas tuduhan bunuh dan cubaan membunuh yang dikaitkan dengan keganasan. - REUTERS/ BH Online



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u4PewH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.