Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Didakwa Edar Sejuta Pil Eramin 5

BALIK PULAU – Seorang ejen penghantaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar kira-kira sejuta pil jenis Eramin 5 di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, dekat sini, dua minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada Shafiee Chin, 49, di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd Alif Abdul Aziz.

Dia didakwa mengedar pil itu di Kompleks Kargo MAS LTAPP, dekat sini, pada 4.30 petang, 18 Jun lepas.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam,  didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Karthy G. Gasedev tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan tertuduh tidak diikat jamin dan menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssJzyr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.