Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki pecah rumah ditahan, curi pemanas air, tv dan kuih raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki pecah rumah ditahan, curi pemanas air, tv dan kuih raya

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah di Apartment Permata, Bandar Perda di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan dalam serbuan ke sebuah unit di pangsapuri sama kira-kira 1 tengah hari semalam.

“Polis menerima laporan berhubung kes pecah rumah membabitkan penghuni yang pulang berhari raya di kawasan apartmen itu dan bertindak hasil maklumat serta risikan kami menyerbu kediaman disewa lelaki berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah lelaki yang berasal dari Seri Manjung, Perak itu polis menemui pelbagai peralatan elektrik antaranya televisyen, radio dan pemanas air serta barang kemas dan pakaian yang dipercayai dicuri,” katanya di sini hari ini.

Katanya suspek dipercayai melakukan kegiatan itu dalam tempoh tiga hari bermula 24 Jun selepas memantau unit-unit yang penghuninya pulang ke kampung untuk berhari raya.

Nik Ros Azhan berkata suspek masuk ke rumah mangsa dan mencuri pelbagai barangan termasuk kuih raya, baju serta kasut yang ditinggalkan penghuni.

“Berdasarkan siasatan, lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu turut terlibat beberapa kes pecah rumah lain di sekitar daerah SPT sejak awal tahun ini. Kami turut merampas pelbagai peralatan pecah rumah antaranya pemutar skru,” katanya.

Katanya lelaki yang positif dadah itu juga kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut Sekyen 457 Kanun Keseksaan.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Lelaki pecah rumah ditahan, curi pemanas air, tv dan kuih raya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3uKVe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.