Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misbun, Chong Wei kerjasama hasilkan pemain perseorangan terbaik

SHAH ALAM: Ketua jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berkerjasama dalam usaha melahirkan pemain pelapis terbaik negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada.

"Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.

"Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan pemain yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalah berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.

"Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaian yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tq8KpU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.