Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nenek Tahyul Baling Syiling Dalam Enjin Pesawat, Kononnya Elak Nasib Buruk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nenek Tahyul Baling Syiling Dalam Enjin Pesawat, Kononnya Elak Nasib Buruk



SESETENGAH orang mempunyai amalan pelik yang akan dilakukan sebelum menaiki pesawat.

Paling biasa didengar adalah amalan melangkah menaiki pesawat dengan kaki kanan, dipercayai ia boleh mengelakkan kejadian tidak diingini.

Bagi seorang wanita di China pula, dia menimbulkan kekecohan apabila membaling beberapa keping syiling ke dalam enjin pesawat yang hendak dinaikinya, dan percaya amalan itu untuk 'memastikan penerbangan yang lancar'.

Namun, tindakan wanita yang dikenali dengan nama Qiu itu membuatkan penerbangan tersebut tertangguh beberapa jam.

Huffington Post melaporkan, beberapa penumpang ternampak Qiu membaling syiling-syiling berkenaan ketika menaiki tangga untuk memasuki pesawat.

Hal itu kemudiannya dimaklumkan kepada petugas lapangan terbang yang seterusnya mengarahkan semua penumpang turun untuk membolehkan mereka mencari syiling-syiling yang dibaling Qiu.

Para petugas telah menemui sekeping syiling di dalam enjin pesawat Airbus 320 China Southern Airlines itu, manakala lapan keping lagi di atas lantai.

Akibatnya, penerbangan dari Pudong ke Guangzhou pada Selasa itu tertangguh hampir lima jam.

Qiu, 80 tahun, disahkan tidak mengalami apa-apa masalah mental dan dilaporkan telah ditahan polis. - Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sn5mfF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.