Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pihak hotel keluarkan barang pelanggan dari bilik, letak di luar dan duit RM1000 hilang: Ini penjelasan Hotel Bajet Medan Kidd - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pihak hotel keluarkan barang pelanggan dari bilik, letak di luar dan duit RM1000 hilang: Ini penjelasan Hotel Bajet Medan Kidd

IPOH – Pihak pengurusan Hotel Bajet Medan Kidd menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis berhubung isu tular yang mengaitkan tindakan hotel berkenaan mengeluarkan barang pelanggan dari bilik hingga menyebabkan kehilangan wang tunai RM1,000.

Pihak hotel keluarkan barang pelanggan dari bilik, letak di luar dan duit RM1000 hilang: Ini penjelasan Hotel Bajet Medan Kidd

Pihak hotel keluarkan barang pelanggan dari bilik, letak di luar dan duit RM1000 hilang: Ini penjelasan Hotel Bajet Medan Kidd

Pemilik hotel, Hamid Abdullah berkata, pihaknya sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di hotel itu kepada polis dan menunggu perkembangan lanjut siasatan.

Menurutnya, kejadian pada 26 Jun kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila terdapat pertindihan tempahan satu daripada empat bilik yang ditempah oleh pelanggan berkenaan.

“Kita akui kesilapan dalam tempahan, pihak hotel terpaksa mengambil keputusan mengeluarkan barang pelanggan itu setelah usaha menghubungi keluarga terbabit tidak berjaya. Bagaimanapun, semua barangan disusun dengan baik di satu sudut hotel, bukan bersepah seperti didakwa.

“Apabila mereka mengatakan kehilangan wang sebanyak RM1,000, pihak hotel ketika itu terus menghubungi polis bagi menjalankan siasatan lanjut termasuk melihat rakaman CCTV,” katanya.

Sejak kelmarin, tular di laman sosial apabila seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status berserta beberapa keping gambar mengecam tindakan pengurusan sebuah hotel bajet di Ipoh mengeluarkan barangan peribadi milik keluarga itu dari bilik yang sudah ditempah.

Kejadian itu berlaku ketika mana keluarga berkenaan yang beralamat dari Selangor tidak berada di hotel kerana beraya di rumah saudara mara mereka di Ipoh.

Turut dimaklumkan adalah kehilangan duit raya sebanyak RM1,000 yang sepatutnya diberikan kepada anak-anak saudara.

Mengulas lanjut, Hamid berkata, keluarga berkenaan mendaftar masuk ke hotel itu pada hari kejadian dan dijadualkan keluar pada keesokannya.

Katanya, akibat kejadian itu, pengurusan hotel sudah memulangkan semua wang deposit dan bayaran penuh tempahan bagi keempat-empat bilik yang ditempah.

“Berhubung dakwaan duit hilang itu, setakat ini tiada bukti yang menunjukkan staf saya terlibat, bagaimanapun kita serahkan kepada polis untuk siasatan kerana secara tidak langsung kejadian ini menjejaskan nama baik hotel,” katanya.

Dalam pada itu, seorang daripada ahli keluarga terbabit ketika dihubungi memaklumkan, kes berkenaan masih dalam siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Sumber: Sinar



Sumber Pihak hotel keluarkan barang pelanggan dari bilik, letak di luar dan duit RM1000 hilang: Ini penjelasan Hotel Bajet Medan Kidd

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqRAUJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.