Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resipi Laksa Penang Ekspress Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resipi Laksa Penang Ekspress Guna Sardin Dalam Tin, 30 minit Siap & Sedap!

Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling 'bercinta' dan rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh.Makan masa pula tu nak buatnya.

Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Nazra Queen, ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit,  tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.

Mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur. Musim raya ni, kalau ada tetamu yang dapat 'mengejut' boleh lah cuba resipi laksa ekspress ni.

Bahan-Bahan:

1 kg Laksa

Air secukupnya untuk didihkan laksa

Cara Membuat:

1. Panaskan air dalam periuk.Bila air mendidih masukkan laksa dalam 3 hingga 5 minit.Tutup api & toskan airnya.

Kuah Laksa

Bahan-Bahan:

2-3 keping asam keping

belacan saiz ibu jari

10tangkai cili kering direbus hingga lembut (jika tak suka pedas boleh kurangkan)

1 batang bunga kantan

2biji bawang besar

1 tin Sardin (saiz kecil)

1 liter air

Cara Membuat:

1. Kisar asam keping, belacan, cili kering, bunga kantan dan bawang besar sehingga hancur.

2. Setelah hancur, masukkan 1 tin sardin saiz kecil beserta sos sardin dan kisar sekali lagi.

3.Curahkan ke dalam periuk, selepas itu masukkan pula air penuh mengikut sukatan blender tersebut.(sukat air guna blender).

4.Letak daun kesum yang telah dibasuh.Jangan buang batang daun kesum kerana ia menambahkan aroma pada kuah laksa.

5.Masuk garam &p erasa secukup rasa. Didihkan atas api sehingga daun kesum jadi layu dan bahan-bahan kisar sebati dengan kuah.

6.Boleh dihidangkan bersama telur,salad,timun,bawang,cili, bawang dan sebagainya.

Selamat Mencuba!



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upOjX3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.