Hi! Welcome Back and Stay Tune! Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X membidas kritikan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap juruterbang D7237 yang meminta penumpang berdoa ketika pesawat mengalami masalah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X mempertahankan tindakan juruterbang D7237 yang meminta penumpang berdoa ketika pesawat mengalami masalah. — Foto AFP

Datuk Kamarudin Meranun berkata beliau juga akan melakukan perkara sama jika berada di tempat juruterbang itu.

Baca artikel sebelum: Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik

“Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama terutamanya ketia anda dalam kesempitan?” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad itu dalam kenyataan di Facebook.

“Membuat kenyataan memang senang terutamanya ketika anda berada di darat. Situasi itu amat sukar, mendaratkan pesawat dan memastikan keselamatan semua penumpang, dan Alhamdulillah mereka berjaya.”

Zaid semalam dalam Twitter sambil menyindir menyarankan AirAsia mengupah imam dan paderi jika mahu berdoa dan tidak memberi harapan kepada penumpang.

“Saya lebih suka jika juruterbang tidak memberitahu bahawa ajal saya sudah tiba,” katanya dalam Twitter semalam.

Kelmarin pesawat dengan 359 penumpang yang dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur mengalami masalah teknikal, dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVwRM2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.