Sedihnya!!! Bapa Meninggal Dunia Ketika Nikahkan Anak
Hasrat seorang bapa untuk menikahkan anak perempuannya tidak kesampaian apabila rebah dan meninggal dunia ketika majlis akad nikah di sebuah kampung di Manzala, di utara Mesir.
Saat ijab kabul adalah satu simbolik untuk ayah perempuan menyerahkan anaknya kepada pengantin lelaki bagi memulakan kehidupan sebagai seorang suami isteri.
Al Arabiya melaporkan, majlis yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar duka apabila si ayah yang dikenali sebagai Mursi Khalil Salameh tiba-tiba rebah ketika majlis akad nikah anak perempuannya.
Sebuah video menjadi tular di media sosial memaparkan keadaan ketika majlis tersebut diadakan dan Mursi yang rebah secara tiba -tiba sebelum tetamu yang hadir menjerit kerana terkejut.
Mursi yang juga bekerja sebagai pegawai perkahwinan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssZXPo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment