Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tentera Iraq Rampas Kubu Kuat Militan Daesh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tentera Iraq Rampas Kubu Kuat Militan Daesh

PERDANA  Menteri Iraq, Haider al Abadi mengesahkan kerajaan palsu militan Daesh sudah berakhir selepas tentera Iraq berjaya menawan kubu kuat militan itu di Masjid Al-Nuri dan simbol menara al-Habda di Mosul.

Aljazeera melaporkan rampasan terhadap masjid yang berusia 850 itu memberikan simbolik kemenangan kepada tentera Iraq yang telah bertempur untuk menawan semula Mosul selepas Daesh mengisytiharkan Mosul sebagai bandar Khalifah pertama tiga tahun lalu.

“Kini Masjid Al-Nuri dan menara al-Hadba sudah kembali kepada rakyat, menandakan berakhirnya cengkaman Daesh,” katanya.

Menurutnya, tentera Iraq akan terus memburu dan menghapuskan semua anggota Daesh di beberapa kawasan berdekatan.

Tentera Iraq Rampas Kubu Kuat Militan Daesh

Masjid Al-Nuri dibina pada zaman pertengahan dan terkenal dengan menara condong, ditawan sepenuhnya tentera Iraq yang disokong AS.

Pada Mac lalu, tentera Iraq melancarkan operasi khas merampas kembali Mosul.

Sejak Jun 2014, Daesh diketuai Abu Bakar Al Baghdadi mengibarkan bendera hitam di puncak menara al-Hadba dan mengisytiharkan Mosul sebagai tapak pemerintah khalifah.

Al-Baghdadi mengaku dirinya keturunan Nabi Ibrahim. Selain itu turut mengumumkan misi negara Khalifah merangkumi Rom, Itali dan Perancis.

Al Baghdadi dalam khufbah pertamanya turut mengakui dirinya diutuskan Tuhan untuk menubuhkan kerajaan Khalifah.

Sejak Jun 2014, Daesh berjaya mengumpulkan puluhan ribu tentera di Iraq dan Syria. Malah, kempen berkesan media sosial militan itu berjaya merekrut sokongan di seluruh dunia. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ssErKz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.