Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut
Berita itu dilaporkan oleh media pada Khamis, beberapa hari sebelum atlet berusia 37 tahun itu merancang untuk bertanding di Wimbledon, yang akan bermula minggu depan di England.
Dalam laporan yang diserahkan kepada Reuters itu, Williams dipertanggungjawabkan kerana gagal memberi laluan kepada pemandu lain di satu persimpangan.Laporan itu juga menyebut seorang pemandu, Linda Barson, 68, baru sahaja memasuki persimpangan berkenaan sewaktu lampu hijau untuknya, dan ternampak kenderaan Williams yang tiba-tiba sahaja di depan kenderaannya, menyebabkannya gagal mengelak lalu merempuhnya.
Seorang pemandu lain juga mengaku ternampak Barson memasuki simpang itu ketika lampu isyarat berwarna hijau.
Penumpang kereta Barson, Jerome Barson, 78, mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Trauma Florida, namun meninggal dunia 13 hari selepas itu.
Laporan juga menyebut Williams memandu pada kelajuan 8 kilometer sejam sewaktu kejadian, dan disahkan bukan berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u5qdl3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment