Dua Beradik Meninggal Dunia – Disangkakan Asma, Rupanya Disyaki Dibunuh Teman Lelaki Ibu..
Dua beradik berusia 2 tahun dan tiga tahun di Bronx telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah sukar bernafas.
Pada awalnya, kedua kanak-kanak ini dipercaya mengalami serangan asma. Namun kesan kecederaan menunjukan yang salah seorang kanak-kanak ini mungkin sebenarnya dibunuh.
Menurut sumber, kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun, Olivia Gee mengalami kecederaan yang konsisten dengan serangan pada bahagian abdomen dan atas badan. Kematiannya, menurut sumber, dikelaskan sebagai dibunuh.
Malah hasil bedah siasat abangnya, Micah Gee, tiga tahun, kematiannya juga dikelaskan sebagai kes bunuh.
Para penyiasat masih menyoal siasat Jordon, iaitu teman lelaki ibu kedua kanak-kanak tersebut. Kedua Olivia dan Micah mempunyai asma yang teruk, namun terdapat kesan kecederaan pada leher mereka.
Kecederaan leher tersebut kemungkinan telah menyebabkan serangan asmaterhadap kedua kanak-kanak ini. Ini menyebabkan munculnya persoalan dari pihak penyiasat.
Dan kesan kecederaan dalaman pada kedua kanak-kanak ini membangkitkan lebih banyak persoalan.
Pada jam satu pagi hari kejadian, Jordon pergi memeriksa kedua kanak-kanak tersebut dan mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan Olivia.
Jordon terus memaklumkan teman wanitanya yang juga merupakan jururawat. Jade Spencer, 31 mendapati Olivia tidak memberi respon serta Micah sedang mengalami kesukaran bernafas.
Jade Spencer telah memberi anaknya Albuterol, sejenis ubat untuk memudahkan pernafasan sebelum menelefon 911.
Pasukan paramedik telah bergegas membawa kedua kanak-kanak tersebut ke hospital namun Olivia meninggal dunia pada jam 2.10 pagi. Micah juga meninggal dunia tidak lama selepas Olivia.
Pemeriksaan awal doktor menyatakan yang kedua kanak-kanak tersebut mengalami serangan asma.
Namun menurut sumber, bedah siasat menunjukan terdapat kesan ‘petechial hemorrhaging’. Atau dikenali sebagai kesan merah akibat saluran darah yang pecah.
Punca ‘petechial hemorrage’:
Kesan merah akibat saluran darah pecah ini boleh berpunca dari banyak sumber. Antaranya ialah;
- keadaan tegang yang berpanjangan seperti ; menangis terlalu kuat, batuk yang teruk, mengangkat terlalu berat)
- keadaan medikal yang tertentu
- kecederaan
- ubatan
- selaran matahari
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v5PmfJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment