Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Pramatang Ini Menangis Tanpa Henti, Mukanya Bertukar Biru, Kadar Oksigen Bertukar Menjadi Rendah, Kemudian Jururawat Meletakkan Bayi Ini Bersama Kakak Kembarnya, Bayi Ini Terus Diam Dan Kesihatannya Kembali Normal.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Pramatang Ini Menangis Tanpa Henti, Mukanya Bertukar Biru, Kadar Oksigen Bertukar Menjadi Rendah, Kemudian Jururawat Meletakkan Bayi Ini Bersama Kakak Kembarnya, Bayi Ini Terus Diam Dan Kesihatannya Kembali Normal..


Untuk beberapa minggu, keadaan di Massachusetts Memorial Hospital agak mendebarkan apabila pasangan bayi kembar pramatang ini telah dilahirkan 12 minggu terlalu awal. 


Kyrie dan Brielle Jackson sangat kecil dengan berat badan hanya satu kilo seorang, dan prospek kehidupan mereka yang kurang cerah; tidak mampu hidup lama. 


Apabila mereka dilahirkan, kedua-dua adik-beradik pramatang itu telah dipisahkan ke dalam dua inkubator yang berbeza.

Walaupun Kyrie mula stabil selepas beberapa hari dan berjaya menambahkan berat badan, prognosis doktor untuk Brielle pula kurang baik. 

Kalau keadaannya tidak bertambah baik, doktor berpendapat dia mungkin tidak akan bertahan lama…


Kuasa ikatan emosi anak kembar

Ada satu ketika, bayi Brielle menangis tanpa henti sehingga termengah dan wajahnya bertukar biru!

Jururawat Gayle Kasparian dari Newborn Intensive Care Unit (NICU) telah mencuba segalanya untuk menenangkan si kecil itu.

Brielle telah didukung, dibedung dan hidungnya disedut supaya saluran pernafasannya tidak tersumbat.

Tetapi baby Brielle masih tidak berhenti menangis.


Kemudian, jururawat Gayle teringat tentang prosedur yang pernah dilakukan di Eropah.

Lalu, dia meletakkan Brielle ke dalam inkubator kakaknya, Kyrie. 

Bayi Brielle seolah-olah dapat merasakan kehadiran kakaknya dan telah berhenti menangis. Sungguh menakjub dan mengharukan! 

Tahap ketepuan oksigen darahnya, yang pada mulanya sangat rendah, telah mula meningkat naik.


Dia mula bernafas dengan tenang dan warna wajahnya juga telah beransur normal.

Keadaan Brielle semakin stabil beberapa minggu kemudian dan kesihatannya juga bertambah baik.

Gambar Kyrie and Brielle Jackson yang diambil oleh Chris Christo, Worcester Telegram & Gazette.

-Pen Merah Press


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v6ctqz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.