Gambar ngeri muka pelajar sekolah berlumuran darah tercucuk besi viral, netizen kagum dia masih tenang dan tidak menangis
Seorang pelajar dilihat tenang walaupun cedera di bahagian muka dipercayai akibat tercucuk besi selepas basikal yang ditunggangnya terjatuh ke dalam longkang.
Gambar-gambar pelajar lelaki berkenaan dalam keadaan mukanya berlumuran darah telah menjadi tular di media sosial.
Difahamkan, dalam kejadian di Kuala Selangor itu, kanak-kanak berkenaan mahu membetulkan sampin yang dipakainya ketika menunggang basikal menuju ke sekolah.
Turut difahamkan, dia tidak memakai baju sekolah kerana sekolahnya mengadakan rumah terbuka pada hari tersebut.
Berdasarkan satu daripada gambar yang tersebar, pelajar berkenaan dilihat telah dibawa ke hospital dan telah menerima rawatan.
Rata-rata netizen menyifatkan kanak-kanak ini kuat semangat apabila dia kelihatan tidak panik atau meraung di tempat kejadian.
Malah, dalam keadaan muka di bahagian kiri sedang berbalut, dia masih sempat membuat isyarat ‘peace’ ketika gambarnya diambil di hospital.
Sumber: Mstar
Sumber Gambar ngeri muka pelajar sekolah berlumuran darah tercucuk besi viral, netizen kagum dia masih tenang dan tidak menangis
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tWPTlL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment