Suami Tiada Di Rumah, Nenek 80 Tahun Rogol Budak Berusia 13 Tahun
Seorang nenek bernama Jowo (80 tahun) memaksa seorang budak lelaki berusia 13 tahun berasmara dengannya. Rohana (33) iaitu ibu kepada AR telah mengadukan perkara tersebut kepada polis Palembang pada Sabtu (15/7.2017).
Apabila ditanya polis, Rohana mengatakan dia baru tahu perkara tersebut setelah mendengar cerita dari anaknya itu.
“Anak saya ini masih kecil, tapi dipaksa begituan saya tidak terima pak,” ujarnya.
Kejadian berlaku pada malam Khamis lepas di rumah Jowo semasa suaminya tiada di rumah. Menurut Rohana, anaknya kelihatan pulang dalam ketakutan. Apabila dipaksa berbicara barulah anaknya menceritakan dipaksa berasmara oleh nenek Jowo.
Rohana tidak menyangka nenek Jowo yang bekerja sebagai pemungut barangan lusuh itu sanggup bertindak sedemikian, memandangkan mereka selalu memberi bantuan kepadanya.
Menurut AR, nenek Jowo mengancam akan membunuhnya kalau tidak memenuhi nafsunya.
“Kalau suaminya tidak ada, dia akan mengajak saya. Waktu malam itu dia paksa saya lagi, dan dia mengancam akan membunuh saya,” ujar AR.
Ini bukanlah kali pertama dia diajak berasmara. Menurutnya nenek Jowo sudah sepuluh kali mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Sementara itu polis Palembang sudah menerima laporan tersebut dan akan segera melakukan tindakan susulan.
Sumber: Eberita
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tXRiH1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment