Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR P Pinang curiga pemindahan pengundi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR P Pinang curiga pemindahan pengundi

Malaysiakini 16/7/17
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menimbulkan kecurigaan berhubung pemindahan pengundi ke empat kawasan pilihan raya yang menyebabkan sama ada parti itu atau Umno menang dengan majoriti tipis.

"Jumlah pengundi dipindahkan ke empat kawasan pilihan raya, sejak suku keempat tahun 2015 hingga suku pertama tahun 2017 ialah Seberang Jaya (852), Sungai Bakap (1,819), Sungai Achech (654) dan Batu Maung (1,908)," katanya.

Semasa PRU 2013, PKR menang di DUN Seberang Jaya dengan majoriti 2,459 undi, di DUN Sungai Bakap dengan majoriti 1,805 undi dan di DUN Batu Maung dengan majoriti 3,390 undi.
Umno pula menang di DUN Sungai Acheh dengan majoriti 808 undi.
Mansor berkata, Sungai Bakap menjadi sasaran utama memandangkan bilangan pengundi dipindahkan melepasi majoriti yang dimenangi oleh PKR pada tahun 2013.

Beliau berkata, pemindahan pengundi dikesan melalui pendaftaran pengundi suku tahunan yang dibekalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sementara itu, penyelaras PKR Pulau Pinang, Ong Eu Leong berkata pemindahan pengundi ke empat kawasan pilihan raya ini bermula pada lewat tahun 2015.
Beliau berkata, penyelidikan parti itu menunjukkan bahawa pemindahan pengundi tidak dilakukan secara berperingkat, tetapi secara kelompok.

Sebagai contoh, daripada 1,819 pengundi yang dipindahkan ke Sungai Bakap, 1,299 telah dipindahkan pada suku pertama 2017.
"Di Seberang Perai, pengundi yang beralih jelas datang dari Telok Ayer Tawar, terutama di bawah kerusi Parlimen Bagan yang disandang Ketua Menteri Lim Guan Eng, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Sungai Puyu dan Jawi.

"Bagi Batu Maung, banyak pengundi yang dipindahkan dari kawasan pilihan raya seperti Batu Uban dan Pantai Jerejak, yang semuanya disandang oleh PKR," katanya.
Ong mendakwa sesetengah pengundi dipindahkan ke kawasan pilihan raya lain tanpa pengetahuan mereka, dengan menunjukkan satu contoh pengundi yang dipindahkan dari Bagan ke Teluk Ayer Tawar dan akhirnya ke Sungai Bakap.

Ong dan beberapa aktivis Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapati banyak pengundi, terutamanya golongan berpendapatan rendah dari kaum India ditukar alamat MyKad mereka di bawah nama pekerja kebajikan. Berikutan itu, 29 individu membuat laporan polis.
Ong berkata perkara itu berleluasa di Pulau Pinang, namun keadaan serupa juga dikesan di Johor dan Kelantan.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2urGxPQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.