Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jangan Letakkan Bayi Anda Di Atas Katil Dengan Selimut.” Bayi Berusia 7 Bulan Maut Kerana Lemas Dalam Selimut, Ibu Ini Berkongsi Kisahnya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jangan Letakkan Bayi Anda Di Atas Katil Dengan Selimut.” Bayi Berusia 7 Bulan Maut Kerana Lemas Dalam Selimut, Ibu Ini Berkongsi Kisahnya..


Jordan DeRosier, seorang ibu yang masih bersedih kerana kematian anaknya telah tampil dan berkongsi kisah yang berlaku pada dirinya.


Sebelum ini, ramai orang telah membuat spekulasi yang anaknya telah meninggal dunia akibat vaksin.

Post Facebook Jordan DeRosier yang tidak lagi tersedia. Foto kredit: Chron.com

Dia telah memuat naik gambar diri yang sedang menanggis teresak-esak di sebelah anak sulungnya dengan cerita sebenar mengapa bayinya telah meninggal dunia.

“Jangan letakkan bayi anda di atas katil dengan selimut.”

Sloan DeRosier, bayi yang hampir 7 bulan itu telah ditemui mati lemas di katilnya, dengan selimut menyelubungi kepalanya.


Pada malam itu, Jordan meletakkan Sloan di katilnya dengan dua selimut: satu yang dibuat oleh nenek moyangnya, dan satu lagi selimut kegemarannya yang berwarna kelabu.

Dia menulis:

“Mereka telah mengambil selimut kelabu yang dijumpa menyelubungi kepalanya.

Entah bagaimana dia telah menarik selimut itu sehingga dirinya sendiri terperangkap di dalamnya.

Tolong jangan letakkan bayi anda di atas katil dengan selimut!

Saya ingat oleh kerana dia sudah pandai merangkak, berdiri sendiri, dan memanjat, dia tidak akan apa-apa.

Inilah wajah seorang ibu yang penuh kesedihan, wajah seorang ibu yang rindukan anaknya, dan wajah ibu yang patah hati kerana rasa bersalah.


Saya tidak akan berhenti berasa bersalah dan perlu terus hidup dengan kesalahan saya.

Saya akan selalu berfikir bagaimanakah keadaan anak saya sekarang jika dia masih hidup. Tolonglah belajar dari kesilapan saya!“

Gambar Sloan dengan abangnya, Rowan. Foto kredit: Youcaring

Kini, semua sudah terlambat…

“Saya adalah orang yang menemui baby Sloan kelemasan di katilnya,” kata Jordan 

“Saya telah masuk ke bilik untuk menjenguk anaknya, tetapi telah mendapati anak dalam keadaan meniarap dengan selimut yang terbelit di kepalanya.

Saya telah alihkan selimut itu. Belakangnya sudah sejuk. Muka dan dadanya berwarna ungu. Bibirnya berwarna biru dan matanya tertutup.”


Jordan dan suaminya, Justin, telah membuat panggilan kecemasan dan cuba untuk menyelamatkan anak mereka dengan melakukan CPR.

Paramedik telah mencuba selama tiga puluh minit untuk memulihkan anaknya, tetapi tidak berjaya…

Elak dari menggunakan selimut dan peralatan tempat tidur yang lain

Walaupun bayi anda sedang tidur, dia masih boleh menghadapi situasi yang berbahaya:
  • Lemas akibat selimut atau peralatan tempat tidur yang lain
  • Tercekik mainan atau benda lain
  • Terperangkap di antara tepi katil dan tilam
  • Tercekik pada tali dan reben

Ini disebabkan bayi yang kecil:
  • Tidak dapat mengawal cara mereka tidur
  • Tidak tahu ertinya bahaya
  • Tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri atau bergerak dari situasi yang berbahaya
  • Boleh meletakkan benda di dalam mulut dan tercekik.
Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S. (CPSC) menganggarkan bahawa antara 1992 dan 2010, terdapat hampir 700 kematian yang melibatkan bayi 12 bulan dan lebih muda berkaitan dengan banyaknya barang di tempat tidur bayi!

Hampir separuh daripada kematian bayi yang dilaporkan kepada CPSC setiap tahun adalah akibat lemas disebabkan oleh bantal, selimut tebal dan/atau penuhnya barang di katil bayi.

Bilakah masa yang selamat untuk bayi mula gunakan selimut?


Mengikut cadangan Parents.com, anak boleh dibedung dengan menggunakan kain sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Tetapi kerana risiko SIDS (kematian bayi secara tiba-tiba), ibu bapa tidak boleh meletakkan apa-apa objek lembut seperti atau cadar katil yang longgar sehingga dia berusia sekurang-kurangnya 1 tahun.

Selepas usia 1 tahun, ahli pediatrik mempunyai pendapat yang berbeza.

Ada yang mengatakan anak boleh mula menggunakan selimut dan bantal yang lebih kenyal.

Ada pula yang mengesyorkan ibu bapa tunggu sehingga anak berusia 2 tahun.


Baju tidur yang menutup kaki atau sleeping bag juga boleh digunakan pada malam yang sejuk.

Jadi, sebenarnya ibu bapa boleh menunggu sehingga anaknya mula besar sedikit sebelum diletakkan di dalam katil yang lebih besar berserta selimut lembut.-Pen Merah Press.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ttbyhV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.