Penyeludup dadah diarah minta maaf pada ayam lepas dia memaksa ayam berkenaan menelan kondom berisi syabu
Chiang Mai: Seorang penyeludup dadah diarah meminta maaf kepada dua ekor ayam selepas dia memaksa ayam berkenaan menelan kondom berisi dadah jenis methaphetamine atau syabu.
Charnwut Seuksongkram, 28, ditangkap oleh polis di Chiang Mai ketika membawa ayam berkenaan dalam dua kotak sementara menanti sebuah kenderaan.
Polis mengawasi gerak gerinya selepas menerima maklumat dia memaksa seekor ayam berkenaan menelan tiga kondom dan seekor lagi menelan empat kondom berisi dadah berkenaan.
Mereka membuka kotak berkenaan dan mendapati perut ayam berkenaan kembung teruk, lapor media tempatan.
Kedua-dua haiwan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas seorang anggota polis melakukan pembelahan kecil dan mengeluarkan kondom berisi hampir 1,400 pil dadah itu.
Sumber: Metro
Sumber Penyeludup dadah diarah minta maaf pada ayam lepas dia memaksa ayam berkenaan menelan kondom berisi syabu
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2unkKZZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment