'Anak dah empat, nak jaga bentuk badan lagi susah' - Wanita kongsi tips maintain badan selepas bersalin
Bukan mudah nak menjaga badan selepas bersalin. Menurut Puan Nur Balqis Yunus, jika tempoh berpantang dimanfaatkan dengan baik, tiada masalah untuk mendapatkan bentuk badan yang asal. Apa yang penting, disiplinkan diri untuk berpantang, selain suami juga perlu membantu dan memberi dorongan kepada isteri.
Semoga tips dari Puan Nur Balqis ini bermanfaat untuk anda.
Tips maintain badan selepas bersalin cara saya!
Nota tambahan: Saya ibu kepada empat orang anak yang jarak setahun setengah ya! Empat orang anak dalam masa enam tahun bukan kerja yang mudah. Jaga bentuk badan lagi susah. So lets check this out!
1. Keep breastfeeding your baby
Tiada istilah bila menyusu rasa lapar, asyik makan saja. Kemudian badan jadi gemuk. Jadi, tak nak breastfeed sebab takut gemuk. Padahal, lagi kerap breastfeed, berat badan cepat turun, rahim cepat kecut dan anak pun sihat. InshaAllah. Mak dan anak akan sihat dan cantik. Jimat pun jimat, kan?
2. Pastikan badan sentiasa panas
Makan makanan yang memanaskan badan. Halia dan lada hitam penting. Kalau perlu, makanlah jamu yang boleh memanaskan badan. Tetapi pastikan dah sudah lepas tahap penyakit kuning.
Saya makan jamu seminggu selepas bersalin. Dari anak pertama sehingga anak ketiga, memang dalam pantang itu hari-hari makan jamu kampung yang nenek bidan itu buat sendiri. Memang original bahan-bahan kampung, akar kayu segala. Badan panas memang cepatlah berpeluh dan sihat.
3. Pastikan pakai bengkung, kalau boleh 100 hari
Kalau lebih lagi bagus sebenarnya. Tetapi saya pakai Premium Beautiful saja sebab mudah nak pasang sendiri. Pakai setiap masa kecuali masa mandi, masa berurut dan bertungku saja buka.
Bila pakai, biar kemas dan selesa. Semakin hari badan semakin mengikut benduk, jadi ketatkan lagi biar ikut sampai bentuk yang kita rasa puas hati. Sebelum pakai, letaklah minyak panas yang rasa selesa untuk perut. Lagi cepat kecik perut kita.
4. Pastikan tungku tak tinggal
Saya malas sikit bab tungku, kecuali mak bidan yang buatkan. Jadi saya tadahkan saja badan saya, dia yang uli. Tetapi bayar lebih sikitlah kalau nak suruh orang buatkan. Sebab itu kena rajin kalau mahu berjimat.
Kena tungku setiap hari sehingga habis 44 hari berpantang dan sebab itu juga saya beli Ceragem. 10 hari mak bidan uli, balance memang baring atas Ceragem saja. Dua kali sehari saya mesti buat. Peluh merecik macam bersauna.
5. Jaga makan
Benda yang masuk dalam perut, paling penting. Saya tak adalah ikutkan pantang seperti nenek saya. Tetapi saya makan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap. Lapar, makan. Dahaga, minum. Air ais elakkan! Lagi lama elak ais, lagi bagus. Nak teguk sikit untuk menghilangkan rasa gian, tak apa. Tetapi sebaik-baiknya jangan. Lebih baik amalkan minum air suam sahaja.
Sup ikan, sup ayam, sup sayur itu memang keraplah masuk perut setiap hari. Sup-sup itu pula penuh dengan halia dan lada hitam. Kentut-kentut saja kerjanya. Badan panas, keluar peluh, barulah cepat slim.
6. Vitamin C dan habbatussauda
Saya memang amalkan dua supplement penting ini. lagi-lagi bila berpantang. Setipa malam telan dulu dua supplement ini, sebelum tidur. Ikut apa yang anda makan. Tetapi dua supplement ini yang saya amalkan.
7. Bilik jangan pasang aircond selama 100 hari!
Kalau boleh, janganlah pasang aircond sampai 100 hari. Masuk kereta, tolonglah duduk belakang dan pakai sweater. Satu badan kena cover tau.
8. Pakai stokin dan pastikan kaki tidak sejuk
Ini memang dari zaman opah pun, opah akan membebel. Ada sebab kena pastikan kaki itu tak sejuk sebab kakilah punca kalau tak jaga.
9. Pantang dengan suami
Yang ini memang saya pegang kata-kata opah. Maaflah suami, 100 hari memang wajib.
10. Berurut dan bertangas adalah wajib
Ini bagi saya adalah wajib untuk badan kita rasa lebih segar dan lebih ringan. Darah berjalan lancar, tak tersumbat dengan angin dan toksin. Buang toksin melalui peluh.
Yelah, awak tengah berpantang, nak expect apa? Pergi jogging nak bagi peluh keluar dari badan? No, no, no! Mudah saja, ambil air, rebus dengan halia, manjakani, serai wangi, daun pandan, daun limau purut, daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut. Rebus sampai menggelegak.
Kalau ada mak bidan, minta dia buatkan. Kalau tak, suruh suami buatkan.
Selepas itu letak bawah lantai, ambil bedsheet yang besar, letak kerusi, kau duduk atas kerusi yang bawah itu air rebusan tadi. Tangas selama setengah jam.
Seminggu pertama, buat tiga kali seminggu. Selepas itu, seminggu sekali dah okay. Kemudian badan memang terasa ringan. Tetapi jangan lupa minum air masak banyak-banyak bagi menggantikan air yang hilang semasa bertangas tadi.
Badan ringan dan wangi. Yang bawah itu pun rasa fresh. Setiap hari pastikan basuh yang 'bawah' itu menggunakan air rebusan sireh untuk mempercepatkan luka hilang dan ketat.
Kata nak macam anak dara semula. Tak payah beli produk, alami saja. Cepat dan berkesan, tiada was-was.
Sumber: Nur Balqis Bt Yunus
✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uuXAAL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment