Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas kucing, rumah Aliff Syukri jadi bahan kecaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas kucing, rumah Aliff Syukri jadi bahan kecaman

PENGASAS jenama D-Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik gambar rumahnya yang masih dalam peringkat pembinaan.

“Nampak saya tak? cer cari saya di mana?? ni bukan side utama depan rumah saya ni side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik,” tulisnya di laman sosial Instagram miliknya.

Katanya lagi, rumahnya itu masih dalam proses untuk disiapkan dan masih berada di tahap awal proses pembinaan.

“Penantiaan itu satu penyeksaan lagi 35pratus nak siap.. tak sanggup dah duduk rumah sekarang, azab sangat rasanya… bilalah rumah saya ni nak siap..,” tulisnya lagi.

Baru dua jam dimuat naik, sudah lebih 11,000 komen yang diterima.

Ada yang menjadikan ia sebagai inspirasi dan mendoakan agar Aliff Syukri atau lebih popular dengan panggilan abang terlajak laris sukses dalam bidang perniagaan.

c.atie203 berkata; “Allahuakbar.. Syukur.. ni lah bukti usaha keras Dato selama ni kan.. Alhamdulillah…cantik sangat-sangat mahligai Dato ni…#salute

“Tak salah pun jadi orang kaya. InshaAllah ada hikmahnya kaya tu. Dato kan banyak bersedekah. Alhamdulillah,” tulis qeis_balqiss.

a.m.i.r.u.l_0227 juga memuji semangat Aliff Syukri yang tidak putus asa dalam perniagaan.

“Tak perlu nak cemburu dengan @aliffsyukriterlajaklaris , sebab sebelum dia senang dia tahu macam mana peritnya nak berjaya. Korang tak nak usaha macam mana nak berjaya macam dia . tak semua orang senang lahir-lahir senang. Diri sendiri yang tentukan nasib kita masa akan datang. Sekian,” tulisnya.

Biarpun begitu, ramai juga netizen yang mengecam tindakan Aliff Syukri memuat naik gambar rumah tersebut.

Antaranya, atie.jumaat; “Rumah yang duduk sementara sekarang ni dia boleh cakap AZAB… bagaimana agaknya orang yang miskin tak ada apa-apa langsung,” tulisnya.

Salinanilas turut memberi komen; “Kecik hati orang Dato. Istilah azab tu macam rasa teruk sangat-sangat dah. Macam tak ada api air, bantal tilam bagai. Apa-apa pun yang paling utama kena #syukurselalu.”

Terdahulu, ramai netizen mempertikaikan tindakan Aliff Syukri selepas meletakkan kucingnya di dalam tandas hingga banyak kecaman diterima.

The post Lepas kucing, rumah Aliff Syukri jadi bahan kecaman appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tc1g6u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.