Bapa Tak Guna! Gadis 14 Tahun Dirogol Bapa Kandung Ketika Ingin Mandi Dalam Tandas
Bapa sepatutnya menjadi ketua keluarga dan pelindung kepada isteri dan anak-anaknya. Walau bagaimanapun, ada sesetengah bapa tidak memikul tanggungjawab malah ada yang bertindak melampaui batas agama.
Apa yang terjadi pada seorang anak ini pasti akan menjadi detik hitam dalam hidupnya. Kira-kira jam 3.30 petang kelmarin, anak gadis yang berusia 14 tahun itu sedang bersiap untuk mandi memandangkan hari sudah hampir petang. Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah.
Apabila menuju ke tandas, bapanya tiba-tiba menghampiri anaknya itu dan menyerangnya dari belakang. Suspek kemudian mengheret dan mengugut memukul anaknya itu jika mangsa berani menjerit meminta tolong.
Mangsa yang takut hanya mendiamkan diri dan membiarkannya diperkosa oleh bapanya sendiri.
Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang menimpa dirinya kepada ibunya dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut. Setelah disiasat ianya bukanlah kejadian pertama kerana bapanya pernah mencabul dan meraba kemaluan remaja tersebut.
Pihak polis telah menahan bapa mangsa dan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes tersebut. –www.kakishare.my
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbpD4d
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment