Hi! Welcome Back and Stay Tune! Setakat ni jerlah 'gedebe'nya! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Setakat ni jerlah 'gedebe'nya!

Lelaki Tidak Mengaku Langgar Wanita Hingga Cedera
Published: Tuesday, 18 July 2017
AYER KEROH: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan cuba melanggar seorang wanita sehingga mengakibatkan kecederaan, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Arif Majid, 25, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati cuba melanggar Nur Fadhilah Mohd Shukri, 21, menggunakan kenderaan jenis PERODUA Kancil sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 1.15 pagi di tepi Jalan Cenderawasih 1, Taman Cenderawasih, Melaka Tengah, pada 11 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda, dan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kecederaan terhadap seseorang.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, memohon tiada jaminan diberikan ke atas tertuduh, sebaliknya mencadangkan nilai jaminan tinggi sekiranya ditawarkan ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dibenarkan, selain memohon jumlah jaminan yang minimum dengan alasan tidak bekerja.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

BH pada Jumaat lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki kerana menunjukkan isyarat lucah sebelum cuba melanggar seorang wanita yang masih berpantang dalam kejadian di Batang Tiga, minggu lalu.

Rakaman video dan gambar tertuduh yang berang selepas ditegur mangsa kerana membunyikan hon kenderaan dengan kuat di luar kawasan perumahan turut menjadi viral di media sosial, baru-baru ini.- Berita Harian via sarawakiana
video dari You Tube


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uuESsQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.