Hi! Welcome Back and Stay Tune! Libya Sertai Mesyuarat Harga Minyak Melonjak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Libya Sertai Mesyuarat Harga Minyak Melonjak

Harga minyak mentah naik mendadak dalam dagangan Selasa berikutan laporan yang mengatakan Libya akan menyertai mesyuarat OPEC dan non-OPEC di Rusia bulan ini.

Minyak WTI (West Texas Intermediate) naik ke paras $46.87 setong setakat pukul 9.49 pm, naik dari paras terendah $46.03. Manakala minyak Brent, naik ke paras $49.56 setong dari paras terendah $48.40 setakat ini dan telah merekod kenaikan 1.49%.

Komoditi hitam jatuh dalam sesi dagangan Isnin yang pertama dalam enam sesi dagangan sebelum ini berikutan kebimbangan terhadap peningkatan bekalan global.

Libya National Oil Corporation (NOC) berkata pada hari ini bahawa mereka akan mengetuai delegasi ke mesyuarat pengeluar minyak mentah global di Rusia pada 22 Julai bagi membincangkan perancangan pengeluaran dalam kalangan pengeluar.

Bulan Mei yang lalu OPEC dan beberapa ahli non-OPEC telah bersetuju melanjutkan pemotongan 1.8 juta bekalan sehingga sembilan bulan berbanding sebelum ini yang hanya berkuatkuasa enam bulan sehingga Jun. Ini adalah usaha anggota mengimbangi semula pasaran dan membawa harga ke paras optimum.

Setakat ini, tumpuan pasaran akan berfokus kepada data inventori Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pagi nanti dan data EIA yang akan dikeluarkan pada 10.30 pm Rabu.

Pasaran minyak mentah global sejak beberapa bulan lalu banyak ditekan oleh peningkatan pengeluaran oleh US. Walaupun pemotongan telah dibuat oleh OPEC dan non-OPEC tetapi ia diimbangi semula oleh pengeluaran US dan selagi faktor ini berterusan, kita dijangka tidak akan melihat peningkatan harga minyak, kecuali pemotongan bekalan ditambah melebihi 1.8 juta tong sehari.

The post Libya Sertai Mesyuarat Harga Minyak Melonjak appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u5WudM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.