Hi! Welcome Back and Stay Tune! Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Plat Perak ‘AKU’ Dapat Sambutan Orang Ramai

IPOH – Seorang penghantar barangan ‘runner’ bergegas membawa 73 borang tender yang dikirim pelbagai pihak daripada Selangor untuk mendapatkan plat pendaftaran kenderaan negeri Perak ‘AKU’ di sini.

Ahmad Saufi Abdul Rahman, 35, berkata untuk itu beliau terpaksa bertolak daripada Shah Alam malam tadi dan tiba di sini kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“Waktu terakhir saya mengambil kiriman tender ini ialah pukul 4 petang semalam. Ia dikirim oleh orang-orang kenamaan dan ahli perniagaan termasuk yang bergelar Datuk,” katanya yang sudah empat tahun menjadi runner kepada Bernama di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di sini hari ini.

Beliau turut berkata antara nombor plat yang menjadi pilihan ialah AKU 8055, AKU 1305 dan AKU 805 dengan bidaan serendah RM350 dan paling tinggi RM30,000.

Bidaan berakhir tengah hari tadi sejak dibuka 3 Julai lalu.

Seorang pembida iaitu selebriti laman Instagram, Sophia Khan, 24, berkata ia merupakan kali pertama beliau mencuba nasib untuk membida nombor plat AKU 50 yang melambangkan namanya iaitu AKU SO.

Beliau yang mendakwa mempunyai pengikut 37,000 di Instagramnya mengaku membuat bidaan yang mencecah ribuan ringgit.

“Saya berharap nombor itu menjadi milik saya,” katanya yang tiba di hadapan peti tender kira-kira 30 minit sebelum bidaan ditutup.

Sementara itu Ketua Bahagian Pendaftaran dan Pelesenan Kenderaan JPJ Perak, Ridzuan Rayman berkata penjualan nombor plat AKU sangat mendapat sambutan orang ramai.

“Bidaan kali ini lebih tiga hingga empat kali ganda. Mungkin lebih 5,000 bidaan dan kami terpaksa membuka lebih banyak kaunter disebabkan ramai yang datang berpusu-pusu pada saat-saat akhir,” katanya.

Beliau berkata pengumuman keputusan bidaan mungkin mengambil masa memandangkan plat kenderaan semasa iaitu AKT baru mencecah nombor siri 3000 daripada nombor 9999 yang ada.

“Selepas bidaan tender ditutup, tujuh orang Jawatankuasa Pembuka Tender dari cawangan atau bahagian JPJ di seluruh Perak akan mengambil masa seminggu untuk membuka sampul kesemua bidaan.

“Selepas itu kita akan buat mesyuarat dan lihat secara teliti satu persatu sama ada bidaan yang dibuat mencukupi  syarat atau tidak. Borang perlu lengkap dan deposit kena cukup, kurang 50 sen pun kita akan tolak,” jelasnya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uylKtH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.