Hi! Welcome Back and Stay Tune! AS digesa segera tahan ketua FETO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AS digesa segera tahan ketua FETO

ANKARA: Amerika Syarikat (AS) digesa agar segera menahan ketua Pertubuhan Pengganas Fetullah (FETO) yang kini menetap di negara itu.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus, ketika membuat desakan itu berkata Fetullah Gulen yang menyebabkan ramai rakyat Turki terkorban susulan cubaan rampasan kuasa Julai tahun lalu, kini tinggal di Pennsylvania, AS seolah-olah tiada apa yang berlaku, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

"Gulen juga bebas ditemuramah media antarabangsa, sekaligus menaikkan semangat penyokong pertubuhannya," kata Kurtulmus dalam satu sidang media, semalam.

Beliau berkata Turki dan AS mempunyai hubungan yang lama dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), juga hubungan dalam perikatan strategik di Timur Tengah. 

"Atas dasar hubungan sedia ada dan persahabatan (kedua-dua negara), lelaki ini (Gulen) perlu segera ditangkap. Membiarkan ketua pertubuhan yang menyebabkan pertumpahan darah dan berterusan mengancam Turki adalah sesuatu yang tidak dapat diterima," katanya.

Kerajaan Turki menuding jari ke arah FETO dan Gulen sebagai dalang dalam cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016.

Kudeta yang berjaya dipatahkan itu menyebabkan 250 nyawa telah terkorban serta lebih 2,000 yang lain cedera.

Ankara juga menuduh FETO sebagai dalang dalam kempen jangka panjang untuk menggulingkan kerajaan menerusi penyusupan dalam  institusi seperti tentera, polis dan badan kehakiman.

Sehubungan itu, kata Kurtulmus, lebih 111,000 penjawat awam di negara itu yang mempunyai kaitan dengan FETO telah dipecat.

"Lebih 32,180 kakitangan awam lagi disingkirkan seketika (sebelum diserap semula ke jawatan masing-masing). Kira-kira 3.5 peratus daripada 3.5 juta penjawat awam telah disingkirkan berikutan cubaan rampasan kuasa itu," katanya.

Katanya, dalam usaha melumpuhkan FETO yang mempunyai sumber kewangan yang besar, kerajaan juga bertindak menyita 966 syarikat yang dikaitkan dengan organisasi itu.

Menurut beliau, lebih enam juta rakyat negara itu menyertai acara yang diadakan Sabtu lalu sempena ulang tahun pertama cubaan rampasan kuasa yang dapat dipatahkan itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uvbcfq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.